Followers

Saturday 31 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012

assalamualaikum..


Papa nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua bunny lover dan blogger-blogger. Harapan Papa semoga kejayaan yang telah diazam pada Tahun 2011 ada yang tercapai. Azam Tahun 2012 yang bakal tiba ini, perkukuhkan lagi dari segi apa pun. Biar ia azam yang lepas tapi kita tetapkan ia sebagai ukwah. Azam Papa Tahun 2012 nak kata takde langsung itu tipu la. Biarlah ia rahsia kehkeh. Jadi kepada yang menyambut di luar, berhati-hati dengan orang ramai yang sesak tu. Dan sekali lagi Papa ucapkan Selamat Tahun Baru.. Amin..

Thursday 29 December 2011

Arnab Mengawan


assalamualaikum...

Pembeli : Saya nak bertanya. Kenapa arnab saya sudah hampir usia 6 bulan, tetapi masih tidak ada tanda² mengawan. Usia jantan 5bulan dan betina 6bulan. Saya meletakkan mereka dalam satu sangkar yang besar bersama-sama. Perut betina sewaktu saya pegang, masih kempis tiada tanda mengandung.

Okay itu masalah pelanggan @ pembeli arnab dekat Papa. Yang telah mengadu masalah tentang kehamilan @ mengawan. Jadi Papa pon reseach mana² blog, jadi Papa akan mengadaptasikan sedikit serta memberikan pendapat peribadi sendiri. Terima kasih kepada pelanggan tersebut atas idea yang boleh dikongsikan sekali lagi selepas entri ini -> SEX

SCROLL KOTAK DIBAWAH UTK MAKLUMAT LANJUT




PEMBIAKAN
Masukkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Tetapi jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab jantan tersebut. Masa mengawan antara 1 – 5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tersebut.Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang, elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

KEKERAPAN MENGAWAN
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara perlahan kepada sekali sehari.Penggunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab pejantan tersebut.Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.Dalam penternakan arnab komersial, arnab betina akan dihakwinkan semula dalam tempoh antara 3 – 4 minggu selepas tempoh beranak. Atau dalam masa proses cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.

MENINGGIKAN KEBERNASAN
Untuk memastikan arnab tersebut telah mengawan ialah apabila arnab janatan memanjat arnab betina auntuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8.00 pagi – 10.00 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5 – 6 jam selepas proses mengawan yang pertama. Iaitu pada waktu petang.

TEMPOH BUNTING
Salah Satu Kotak Utk Arnab Beranak
Tempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.Tanda-tanda arnab telah hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27 – 29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Elok sekiranya pembela membubuhkan cebisan kertas surat khabar yang telah di potong-potong bagi membantu pembentukan sarang.Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

BUNTING PALSU
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil “bunting palsu” keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 – 17, pada masa tu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.



Okay itu secara selingan yang Papa dapat cari dan kongsikan. Tapi Papa pun ada pendapat sendiri walaupun masih tiada pengalaman dalam bab arnab beranak hehe.

  • arnab tidak memerlukan sangkar yang besar untuk mereka mengawan kerana hanya memerlukan kadar tempoh yang amat singkat 1-5 minit sahaja. jadi letakkan arnab betina didalam sangkar jantan yang sederhana dalam tempoh tersebut dan alihkan semula arnab betina tadi ke kawasan dia semula.
  • arnab betina tidak suka bersama si jantan dalam tempoh yang lama jika tempoh musim mengawan. ini kerana arnab betina akan mudah stress.

SEGMEN : JOM SERTAI SENARAI BLOG TERHEBAT 2012

Dalam Papa dok research lagi berkaitan dengan Si Comel ANDA Arnab ni. Papa sekali sekala ingin join dan berikan sokongan kepada rakan-rakan blogger yang lain. Walaupun mereka bukan dari arena penjualan pets. Harap penyertaan Papa ini diiktiraf oleh semua ahaha..



Pada sesiapa yang berminat nak JOIN klik sini -> TerjahBlog2011. Now Papa nak tag 3 orang selepas semua dah settle buat. Harap yang di tag join la ea hehe..


Rawatan Tradisional Arnab Kena Kurap

assalamualaikum

Kali ni Papa nak sharing berkenaan. Bagaimana hendak merawat Arnab kena kurap secara Tradisional (sendiri). Papa mengambil petikan ini dari blog seangkatan : ArnabCute. Papa nak terangkan sendiri pun belum boleh lagi sebab masih tiada pengalaman dalam kurap arnab. Ini cara² yang boleh anda lakukan jika mengalami situasi tersebut.



Berikut dinyatakan cara rawatan bagi masalah kurap/scabis bagi arnab untuk peringkat awal.

  1. Sapu dengan minyak rambut zaitun (ini yang sering saya praktikkan),
  2. Boleh juga diletakkan dengan minyak goreng ikan, minyak masak, minyak kelapa, tujuan minyak tu untuk menutup hama/mites untuk bernafas(mendapat oksigen), jadi bila dilakukan kerap, telur hama tu tidak dapat nak menetas semula dan seterusnya gagal untuk terus membiak,
  3. Rawatan dengan minyak gamat. Tujuan minyak gamat pulak adalah untuk mengubati luka-luka di kawasan kurap.


Wednesday 28 December 2011

Arnab Seperti Manusia


assalamualaikum..

Apakah? Arnab seperti manusia? huih keajaiban alam ke ni? Itulah yang dipersoalkan sekarang ni kann semua. Takdelah ini bukan keajaiban alam yang telah berlaku. Ini satu kenyataan yang memang berlaku kehkeh. Aduh Papa PUSS ni suka putar belit lah. Show ajelah, yelah yelah.. Papa nak gurau sikit je pun xboleh. Ini papa tunjukkan kepada semua akan kejadiannya.



Siapa reti buat macam ini??!

Eleh ngat manusia je boleh buat. Saya pun pandai tiru korang ye.. LOL..

Wordless Wednesday #2


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa² description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa² penjelasan. Cer teka?! :D

Segmen : Up Traffik Akhir Tahun!


YES!! Betul tu, kini bakal mengakhiri hujung Tahun 2011. Jadi Papa nak join segmen ini, jika ada yang berkenan dan sudi nak join segmen ni. Silalah klik pada banner tersebut.

Jadi Papa Tag

Tuesday 27 December 2011

Arnab Yang 18SX

assalamualaikum..

Aduh pepetang macamni, saje Papa nak kasi panaskan lagi cuaca. Nasib baiklah arnab Papa and cat Papa si PUSS tu masih kecil. Kalau dah besar, macam ni ke gayanya? Aduh kalau boleh tidak mahulah.. Nanti apakah baka yang bakal keluar haha..



Katanya gonna eat.. Muka dah habis stim tak tahu lak ahakz.. #Ooops Papa terlebih pula..
vvvvv
vvvv
vvv
vv
v





Ceh memang dah berhasil anak rupanya.. Bertuah punya rabbit haha...See ar... :D

Arnab Comel Yang Kelakar


Olla amigos.. Sehat ke semua harini dan semalam semalamnya.. Si Comel sehat ke tidak? Kalau tak sihat jgn lupa bawa ke vet ea. Kasi dia sihat semula, nanti xsihat leh jadi kemurungan pula. Shenta Papa kat rumah tu pon tidak sehat, tapi Papa xbawa ke vet cuma ubati sendiri. Alhamdulillah dah beransur pulih sikit demi sedikit.

Kali ini Papa nak kongsikan something yang very funny jugalah rasanya. Sekali sekala kan, ape salahnya kita nak bergurau senda sesama blogger ahakz. Papa ada terjumpa dalam google. Tapi tak tahu la kalau korang ini funny ke kehkehkeh.. Apa tunggu lagi, jom scroll ke bawah dan lihat adegan arnab ini beraksi kelakar.


Ada beran ke camni? 
Selamat tinggal kawan²..
Dgn gigih tunggu jentolak tiba LOL..
Macam ini pun ada?
Cer cari, mana arnab tu?
Menyerah diri kat Lightsaber
Menukang ke?
Countdown utk New Year sekali ahakz..
Siapa nak main Rugbi??
Selamat Tinggal penukang berjaya! LOL
Look! Merokok itu merbahaya ye :D
kenapa gelap dunia ku..
JANGAN ditiru gaya ini!
Bila nak runtuh ni..
Boleh jadi peperangan Galaksi ni..
Bijak mengalahkan tuan..
Baik kasi sembelih buat satay ajo
Berkesan ke cara ni nak bunuh diri?
Memang cari nahas betullah kehkeh..
#Eh. Boleh tumpang bunuh diri ke? :D
Wah pandai menukang, pandai juga menyukat..LOL

Ini lah cara terbaik arnab nak bunuh diri. Jadilah ia nya satu bahan jenaka sahaja ea. Jangan sampai terikut² pula and Papa nak minta maaf sebab panjang sgt entry kali ini dengan gambar². Jumpa lagi.. :D

WARNING : DONT DO THIS AT HOME!!

Monday 26 December 2011

Spesis Arnab Liar Yang Terancam

 RIVERINE RABBIT


Dijumpai hanya di Desert Karoo di Afrika Selatan, Rabbit Riverine telah hilang kebanyakan habitat akibat perladangan dan pembangunan. Kajian menganggarkan bahawa terdapat kurang daripada 250 ini arnab yang tinggal menjadikan mereka salah satu daripada 10 spesies yang paling terancam di muka bumi. Rabbit Riverine mudah dikenal pasti oleh jalur bulu coklat gelap yang menjalur dari satu sudut mulut dan seluruh pipi ke bawah telinga. Memandangkan mereka adalah arnab, spesies ini membiak dengan perlahan-lahan membuatkan sukar untuk spesies ini untuk pulih daripada kepupusan  dalam populasi mereka.


Pygmy Rabbit (arnab terkecil didunia ea)


Arnab Pygmy (Brachylagus idahoensis) adalah arnab Amerika Utara, dan merupakan salah satu daripada hanya dua spesies arnab di Amerika untuk menggali lubang sendiri. Arnab Pygmy berbeza dengan ketara daripada spesies di dalam genus sama ada Lepus (arnab) atau genera Sylvilagus (arnab Amerika Syarikat) dan biasanya dianggap dalam Brachylagus genus monotypic.

Walaupun ia disenaraikan sebagai spesis terancam di Lembangan Columbia Pacific Northwest di Amerika Syarikat, Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi menyenaraikan spesies tersebut sebagai risiko yang lebih rendah. Ini adalah kerana populasi di Columbia Basin populasi yang relic genetik berbeza yang terpencil dan berevolusi untuk bergerak ke arah menjadi subspesies berbeza, sedangkan IUCN hanya menganggap spesies secara keseluruhan.

Arnab Pygmy    adalah leporid  terkecil  di dunia , dengan berat dewasa min dari 375 kira-kira 500 gram (kira-kira 13 auns -  1 paun), dan satu panjang badan dari 23.5 29.5 sentimeter (9 ¼ 11 ½ inci); betina adalah lebih besar daripada jantan. Arnab pygmy dibezakan dari leporids lain oleh saiznya yang kecil, telinga pendek, warna kelabu, kaki belakang yang kecil, dan kekurangan bulu putih di ekor.


Omilteme Cottontail
Arnab Omilteme Cottontail (Sylvilagus insonus) adalah arnab cottontail yang hanya didapati hanya di negeri Guerrero, Mexico dalam banjaran gunung Sierra Madre del Sur. Kepunyaan keluarga genus Leporidae , ia adalah salah satu daripada empat belas spesies dalam Sylvilagus genus, genus yang terhad ke Dunia Baru. arnab Amerika Omilteme adalah dianggap sebagai salah satu spesies arnab yang paling terancam di dunia dan hanya dikenali dan telah digambarkan oleh spesimen yang sangat sedikit. 


Sumatran Rabbit 
Jalur perang yang tersendiri pada muka dan badan arnab ini membolehkan ia untuk bercampuran sempurna dengan habitat hutan hujan. Malah,  haiwan nokturnal pemalu ini sangat jarang dilihat dan tersembunyi sehinggakan orang tempatan tidak mempunyai nama dalam bahasa mereka sendiri dan ramai yang tidak sedar bahawa ia wujud. Tiada haiwan yang tinggal telah dilihat atau dikaji oleh saintis sejak tahun 1930-an, dan ia telah dianggap pupus sehingga ia tidak sengaja ditangkap gambar pada tahun 1998. Ia dirakamkan dalam kamera lagi pada tahun 2007 tetapi masih salah satu mamalia yang jarang ditemui dan paling sukar ditemui di planet ini. Kadang-kadang laporan anekdot spesis dari hutan penjelasan projek-projek (yang juga ancaman terbesar kepada kewujudan mereka) adalah petunjuk bahawa ia masih bertahan hari ini.

Amami Rabbit
Arnab Amami (Pentalagus furnessi) adalah nokturnal, arnab "primitif" mendiami hutan  dengan bulu gelap, kaki pendek, kuku melengkung yang besar dan telinga kecil. Hanya dijumpai di pulau-pulau Amami-Oshima dan Toku-no-Shima, kadang-kadang dipanggil "fosil hidup" untuk persamaan arnab purba yang pernah mendiami tanah besar Asia. Populasi arnab Amami semakin berkurangan - kini dianggarkan di antara 2000 dan 5000 - telah memperoleh tempat dalam senarai spesies terancam Jepun.(p/s: dah mcm napuh pun ade)

Volcano Rabbit  
Arnab Volcano yang juga dikenali sebagai teporingo atau zacatuche (Romerolagus diazi) adalah seekor arnab kecil yang tinggal di gunung Mexico. Ia adalah arnab kedua terkecil di dunia, kedua dibelakang Arnab Pygmy. Ia mempunyai  telinga kecil yang bulat, kaki yang pendek, dan pendek, bulu tebal. Arnab Volcano hidup dalam kumpulan 2 hingga 5 haiwan dalam lubang. Tidak seperti banyak spesis arnab (dan yang serupa dengan pikas), Rabbit Volcano membuat  nada bunyi yang kuat bukan yg memukul kaki atas alasan untuk memberi amaran kepada arnab lain bahaya. Ia adalah Nokturnal dan sangat aktif pada waktu senja, subuh dan setiap masa di antara. Arnab Volcano berat kira-kira 390-600 g (14-21 oz). Sehingga tahun 1969, terdapat 1000 hingga 1200 di dalam hutan.

Lihatlah betapa banyak lagi spesis yang comel2. Walaupun mereka liar tetapi comelnya tetap ada. Papa suka yang arnab terkecil didunia tu. Bestnye kalau dapat bela. Okay lah jumpa lagi.

Sunday 25 December 2011

Arnab Untuk Dijual


Mai mai, Papa nak jual bunny yang comel arini. Ini baka yang comel tay, si Male tu lagi best. Muka macam pola panda sangat. Okay kalau berminat boleh hubungi Papa PUSS 010-4344396 @ email : bunnypet69@gmail.com

DETAIL

Breed : Teddy Bear
Age : 2month
Gender : Male & Female (couple)
Price : RM130 (sepasang) Rm80 (seekor)

Thursday 22 December 2011

Papa With PUSS Raff


p/s : hoyyei.. FINALLY Papa dah dapat PUSS Raff back.. 2 month Papa tunggu PUSS, akhirnya semalam dia dalam dakapan Papa.. Tapi diawalan lagi, PUSS masih berasa takut sebab ditempat baru. Hopefully PUSS akan selesa dengan Papa. Papa sayang PUSS.. muaahss..

Saya Sertai Bloglist Miss Nadya


Hoyei Papa nak join Bloglist dari Miss Nadya. Jadi pada sesiapa nak join tu, klik la ini MISS. Pada yg Papa tag sila lah join jika sudi..(",)


Adik Papa Dapat Keputusan PMR


Syukur alhamdulillah. Adek Papa dapat 8A keputusan PMR. Doa dari semua pihak utk dia. Menangis kejap Papa dgr berita mcmtu. Dia idamkan jam tangan, jadi Papa ingin tunaikan. Cuma Papa ni jenis xreti nak beli barang utk perempuan. Jam macamana ea nak dihadiahkan kepada dia. Korang kalau ada idea nak bagi, sila tinggalkan link picture jam tangan tu kat komen box tau. Hargai sangat², thanks.. (",)

Munchkin Cat Utk Dijual


Entri kali ni Papa nak menjual pula. Siapa yang berminat boleh hubungi Papa PUSS ditalian 010-4344396 @ Email : bunnypet69@gmail.com.

DETAILS

BREED : Persian mix Munchkin
AGE : 3 Month
GENDER : Female
PRICE : RM1200.00
LOKASI : Rawang

Wednesday 21 December 2011

Wordless Wednessday # 1


p/s : apa baby American Curl ni buat erk?? Tengok apa tu sayang..

Rugi Hampir 1 Juta Kerana Arnab

LOL... Awal² Papa dah kantoikan entri kali ini dengan ketawa besar. Papa bukan sengaja nak buat Tajuk entri kali ini gempak. Tetapi satu kisah nak distorymorykan. Jom..


*****************************************************************

LONDON - Seorang Taikon berjiwa penyanyang, Phil Miller sanggup kerugian RM909,552(hampir 1juta) apabila kereta ferrari miliknya remuk selepas dia cuba mengelak daripada menggilis seekor arnab.
Dalam kejadian itu Miller 36, gagal mengawal kereta ferrari 430 yang dipandunya lalu kenderaan tersebut terbatas kira-kira 20 meter ke sebuah kawasan semak sebelum menghentam sebatang pokok.

Bagaimanapun, jutawan hartanah berkenaan dan seorang penumpang wanita tidak cedera dalam kemalangan di Canterbury, tenggara England.

"Saya tidak percaya saya boleh terbabas sebegitu jauh,"katanya.

Kereta tersebut diinsurans manakala pengedar ferrari bermurah hati menghantar sebuah Aston Martin baru ke Vilanya di Woodnesborough sementara dia menunggu sebuah Ferrari baru sebagai ganti.

Selain F430, Miller turut memiliki sebuah lagi Ferrari selain sebuah kereta Lamborghini Diablo.

SUMBER : hks
************************************************************************************************

hah cuba ANDA jelaskan pada Papa, sanggup lakukan sebegini jika ternampak arnab berada dijalan raya semasa ANDA memandu laju :)

Pelik Tapi Benar

Pelik tapi benar kan? Hah itulah yang Papa nak ceritakan ni. Ini bukan berkaitan tentang arnab tetapi spesis kejadian darinya juga. Tapi sorry Papa lari sikit dari tajuk. Kali ini Papa nak share tentang satu story yang Papa baca kat blog. Terlihat satu entri ini, begitu mengasyikkan bila membaca dan memerhati. Papa pun pelik dengan soalan tuan blog ni bertanya. Soalan dia Bagaimana...? Jadi sotrymory nyaa, begini:

Apa yang korang nampak pada gambar dibawah ini
| |
| |
VVV
VV
V

Hah? Nampak tak? Ada something tu...
Jadi janganlah bertanya apa-apa lagi pada Papa. Mula-mula memang Papa sendiri tak tahu nak jawab macamana. Sebab Gambar ini terlalu jauh untuk dijelaskan. Jadi tak nak buang masa, mari scroll ke bawah lagi dan nikmati kejadian yang Pelik TAPI Benar.

gula-gula hati






gula-gula kasar





gula-gula halus





perjelaskannya sendiri ea:

Kejadian itu
Lorh kambing rupanya!
Sepasang @ adik-beradik?

Jadi tolong perjelaskan pada Papa, macamana dua ekor kambing ini boleh berada disitu? Nak selamatkan satu masalah juga, karang bila selamatkan. Derang tengah meronta, jatuh ke bawah pula. Dah dua masalah ni, macam² kejadian rupanya. Allah Maha Mengetahui amin...

SUMBER : AmekKaw
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...