Followers

Wednesday 25 January 2012

Wordless Wednesday #6


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa² description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa² penjelasan. Cer teka?! Papa tengah happy giler ni :D

Friday 20 January 2012

Pokok Dukung Anak



Macam gempax je kan tajuk entri Papa kali ini, tapi bila tengok gambar. Ape kes pula ni kan? Jangan marah Papa dulu ye. Actually entri kali ini Papa nak berkongsi dengan semua pencinta kucing. Cara mengatasi @ mengubati kucing anda secara tradisional.

Dalam gambar yang Papa sertakan itu adalah Pokok Dukung Anak @ dikenali juga dgn nama Pokok Amin Buah Baik. Pokok-pokok ini selalu atau sering kita jumpa dikawasan kampung-kampung, kebun-kebun dll. Kebanyakkan kita akan lihat dia di kampung dari di bandar.

Apa khasiat ye? Jom kita baca ini :
Pokok Dukung Anak atau Pokok Amin Buah Baik utk ubati kucing yg ade batu karang/kencing berdarah.. Cara2nya, rebus sepokok pokok ni dgn sedikit air sampai pekat...sejukkn n amk syringe & sedut 1ml jer air rebusan td [coz rasanya pahit yee] n bg kucing minum... amalkan tiap2 hari... Insyaallah kucing akan sembuh.. :-)

Meludah Ke?



Hye. Cuba korang lihat, sepertinya dia menyebut 'haktuih' LOL. Bergurau je.. Enjoy ;)

Thursday 19 January 2012

Today Papa Busy



Later Papa sembang bembang ngan korang. Sorry sesangat!! happy monday and Thursday. Salam

Wednesday 18 January 2012

JOM TAMBAH FOLLOWER!



Klik SINI utk join
Jom semua, apa tunggu lagi. Kerana penyertaan ini amat mudah.

Wordless Wednesday #5




Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa² description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa² penjelasan. Cer teka?! :D

Jom Makan Sayur-Sayuran



BANGKOK - Seorang wanita memakai pakaian diperbuat daripada kubis semasa dia berada di laluan pejalan kaki di sini semalam.

Dia turut memegang kad yang mempunyai mesej bagi meminta penduduk menjadi pemakan sayur-sayuran.

Kelibat wanita itu mendapat perhatian orang ramai yang melalui kawasan pejalan kaki tersebut.

Wanita itu merupakan aktivis pertubuhan Orang Ramai Untuk Layanan Beretika Ke Atas Haiwan (PETA).

Beberapa rakannya turut membantu dia memakai pakaian yang diperbuat daripada kubis itu.- KosmoOnline

p/s : kalau Papa jadi model utk pakaian sayur ni, #Untung habis. Sebabnya kalau lapar je, petik sayur kubis tu makan haha.. :D

Tuesday 17 January 2012

50 Cucu Pilihan Atok Diperlukan

assalamualaikum..


Papa join segmen atok ni. Yang best atok ni rajin sgt.. Harap Papa punya join ni diterima atok ye. :D #sape nak join klik kat tajuk picture @ SINI.

Monday 16 January 2012

Cuti DiHari Gaji LOL



Selamat Pagi semua. Selamat bekerja pada yang bekerja, selamat menyambung cuti pada yg bercuti macam Papa. Entri kali ni ringkas sahaja, saja nak mengucapkan hello kepada semua. Hari ini walaupun bercuti tapi busy dgn kerja lain. Pagi ni nak cantikkan arnab-arnab Papa yang dah ada pembeli. Tengahari ni dia nak datang ambil. 

Selepas tu, Papa nak pergi kedai petshop pula. Nak beli barang-barang kitten yang baru. Sebab malam ni nak pergi amik kitten female persian kat KL. Selepas ni PUSS Raff Papa dah xkesunyian dan keseeorangan lagi dah. Sudah ada gf tu. Harapan Papa moga PUSS ni dah xnoty dan back to habit as a cat not rabbit anymore. Hopefully lah. Doakan bersama ea.

Ok ye korang, jangan lupa sarapan kalau belum sarapan. Jangan lupa bagi sarapan pada arnab korang tu. Adios amigos, jumpa lagi nanti. Papa minta maaf xsempat arini nak BW pada blogger yang terhebat. Kalau sudi tinggalkan link pada komen utk Papa terjah bila free.

p/s : contest header bakal bermula pada 18hb Januari 2012 sempena Besday PUSS Raff.

Sunday 15 January 2012

Makluman Kepada Penduduk Putrajaya


assalamualaikum..

Merujuk kepada tajuk diatas, Papa nak kongsikan kepada blogger yang tinggal di kawasan Putrajaya seperti Papa LOL. Sekarang ini sudah ada penambahan penduduk, jadinya penambahan klinik juga telah dikemaskinikan. Ini klinik yang telah beroperasi setelah siap sepenuhnya. Untuk maklumat penduduk Putrajaya Presint 18 nanti juga bakal ada klinik Hoyeii depan rumah Papa je. Klinik ini sudah beroperasi pada bulan Disember 2011.


Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 14
Lot Bilik Bacaan, Blok E
Apartment Sub 14-7
Kuarters Kakitangan Kerajaan
Presint 14
62000 Putrajaya.
(Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Saturday 14 January 2012

Belajar Bahasa Arnab

assalamualaikum..

Selamat Pagi semua. Dah berikan sarapan pada arnab-arnab ANDA ke? Jangan lupa tau, kesian mereka kalau lapar. Okay baiklah kali ini Papa nak kongsikan lagi satu rahsia tentang arnab. Macam pelikkan bunyi tajuk entri Papa kali ini. Gempax tak? Bahasa Arnab tuw! Mari sama² kita tekun belajar tentang BAHASA ARNAB.

The Language of Bunny

1.Mengerik gigi yang lembut – Bermakna arnab anda Happy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.

2.Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy

3.Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar

4.Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja

5.menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.

6.Honking ( bunyi seperti angsa) – inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.

7.Mencium anda dengan perlahan – ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian

8.Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira

9.Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda

10.mengerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relex

11.makan najis – jangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien

12. menaikan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu

13.berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.

14.menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda, atau melompat keatas riba – minta perhatian

15.cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda

16.jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya

17.Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)

18.Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat

19.arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya

20.Jika arnab mempunyai sepasang arnab, dan yang jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia untuk megawan

21.Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera

22.Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.

23.Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.

24.Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit

25.terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan) atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian

26.perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah

Friday 13 January 2012

Contest Header Baru

*Ini sticky post, sila scroll ke bawah utk new entri.


assalamualaikum..

Tengahari dah pon berlalu, korang dah lunch ke? Papa ni jenis xsuka makan, so malas nak citer makan apa noon td haha. Dah merepek je Papa ni kan. Actually mcmni, Papa fikir² kan dah lama juga ni. Papa ingat nak buat segmen pencarian header yang tercantik untuk blog Papa. Jika ada pemenangnya dan sambutan agak hebat, Papa ada hadiah utk pemenang.

Jadi bila difikirkan ada ke yang nak sertai segmen header tercantik utk blog Papa ni? Apa² pon Papa sekadar berusaha, yang tentukan ia berjaya adalah ANDA dan dariNya. amin. Mesti ada yang tidak sabar nak sertai dan ingin tahu apa yang perlu untuk menyertai segmen ini kan? Jangan risau dan pening², Papa akan beritahu kelak dalam entri yang baru. Ini Papa sekadar utk mewar-war kan terlebih dahulu. Papa juga nak korang yang baik mulia ni, promotekan juga segmen ni.

Siapa nak kalau hadiah yang papa kasi tu adalah seekor Arnab?? 

Tips Mengenali Jantina Arnab

assalamualaikum..

Hello semua, mcmana dengan Si Comel? Sehat ke? Merajuk ke? Stress ke? Jgn semua itu ada pada arnab ANDA kecuali sihat wallafiat. Amin.. Lama Papa tak kongsikan tips dgn semua. Kali ni Papa nak berkongsi tentang bagaimana kita hendak mengenali arnab jantan dan betina diusia 2-3 bulan. Mari kita lihat kebawah dan kenali arnab ANDA jantan @ betina.

MALE


OKAY!! Ini gender utk male, kalau dah renung dengan baik punya. Sila lah pastikan dengan memeriksa arnab anda pula. #selalunya kita akan beli arnab suruh penjual tu tengokkan sendiri.

FEMALE


Ini untuk gender Female pula. Berbeza dengan jantan kan, so takdelah kekeliruan dalam pemahaman tentang gender arnab ni. Kalau ada arnab jantan dan betina dalam populasi tu #Untunglah..

TIPS ini untuk pengetahuan pada orang yang baru nak mengenali serta pada tuan-tuan yang nanti bakal ada baby bunny yang dilahirkan. Gambar sumbangan dari OUR

SEMOGA BERJAYA!!

Arnab Sebagai Sumber Makanan & Pakaian


assalamualaikum..

Selain menjadi haiwan peliharaan, arnab juga diternak untuk daging sebagai makanan manusia, terutamanya di Eropah, Amerika Utara dan Selatan, dan Timur Tengah. Daging arnab masih dijual dalam pasar dan kedai daging di United Kingdom, tetapi bukan dalam pasar raya, sebaliknya lebih tertumpu di pasar tani dan juga Borough Market yang terkenal di London, di mana bangkai arnab diperagakan di khalayak umum secara tergantung bersama burung kuang dan haiwan buruan yang lain. Daging arnab pernah dijual secara besar-besaran di Sydney, Australia, tetapi kini sudah berkurangan ekoran penyakit miksomatosis yang diperkenalkan di negara itu untuk cuba menghapuskan populasi arnab buas.

Daging arnab diperoleh dengan memburu atau menternak. Jerat dan senjata berapi digunakan untuk menangkap arnab liar untuk dimakan. Di merata tempat, arnab juga diternak untuk dagingnya, kemudian disembelih dengan menghentak belakang kepalanya. Daging arnab merupakan sumber protein yang bermutu tinggi, dan boleh digunakan dalam sebanyak cara yang boleh seperti daging ayam. Sebenarnya, seorang tukang masak terkenal, Mark Bittman berkata bahawa daging arnab ternak sama rasanya dengan ayam kerana kedua-dua dagingnya ibarat palet kosong yang boleh dilapisi dengan mana-mana perisa yang disukai. Daging arnab lebih pejal daripada daging lembu, babi dan ayam.

Penggunaan arnab sebagai sumber makanan berdaging dibelenggui beberapa masalah, antaranya termasuk: tularemia (“demam arnab”), dan juga “kebuluran arnab” yang mungkin sekali disebabkan oleh kekurangan asid lemak penting dalam daging arnab. Arnab juga menjadi makanan kegemaran ular sawa besar, seperti ular sawa Burma dan ular sawa rendam, baik di alam liar mahupun dalam kurungan.

Pemakanan arnab adalah terlarang dalam agama Yahudi kerana meskipun mengunyah mamahannya, namun kukunya tidak berbelah, seperti yang ditetapkan oleh kitab Imamat dan kitab Ulangan dalam Alkitab Ibrani.
Bulu arnab adakalanya digunakan untuk membuat pakaian dan perhiasan diri, seperti skaf dan topi. Arnab Angora diternak untuk bulunya yang panjang dan halus dan boleh dicukur seperti bulu biri-biri. Arnab juga bagus untuk menghasilkan tahi dan kencing yang penuh dengan nitrogen, untuk meningkatkan daya pengeluaran pokok lemon. Susu arnab juga memberikan faedah perubatan dan khasiat kerana kekayaan kandungan proteinnya.

SUMBER : Wikipedia

Kekejaman Sedang Menari?


Maaf Papa PUSS takde niat nak kutuk any belah pihak politik ni ea. Papa just nak share .gif yang mereka buat ni. Cuba lihat! Dasyat la sekarang ni dengan any kemodenan. Sekali lg ditegaskan, Papa PUSS sekadar share. Papa jumpa di blog ini -> BN

Mangga Kunci Cinta

assalamualaikum


COLOGNE, Jerman - Ribuan mangga kunci yang diletakkan pada pagar sebuah jambatan kereta api di Rhine, Cologne kelmarin.

Mangga itu diletakkan oleh pasangan kekasih di Jerman.

Menurut agensi berita AP, pasangan itu akan mengunci mangga tersebut manakala kuncinya dibuang ke dalam Sungai Rhine.

Mangga itu turut ditulis perkataan cinta dan dilukis dengan gambar hati. - KOSMO

Hebat betul derang ni, mcm² nak dibuatnya supaya menjadi satu tarikan dunia hehehe.. Korang yang tengah bercinta tu, xnak ke buat camtu jg. Jangan letak kat pagar rumah orang pula. Katanya korang pergi santau pulak LOL..

Thursday 12 January 2012

Tahniah Follower Yang Gebu

HORRAYYY!!
Korang mesti xpercayakan? Itulah satu keajaiban BLOGGER. Tidak sampai 1/2 jam entri Papa yang INI. Follower yang Papa hajati telah pun muncul. Follower yang ke-100 ini telah berjaya menembusi pasaran Apezs Shop Online. Papa nak nanges @ happy? Celaru dah rasa, ada juga blogger yang sudi datang ke blog Papa. Jadi dengan ini Papa nak tunaikan janji yang Papa dah buat. Mari kita review blog si gebu ini.


REVIEW :

TOTALLY MY STORY satu nama blog yang unik kerana ape? kerana dia punya pasal la #Gurau je. Walaupun Papa tidak berapa kenali owner blog ini. Papa menilai dari segi kekecohan blog dia ye kawan².. Dari sudut mata halusinasi Papa ni, blog dia sgt simple. Maybe owner dia pon simple tapi pembersih dan kemas.

Yang Papa xboleh terima, dia ada SG. SG tu bermaksud Sugar Glider @ dikenali sebagai Tupai Terbang. Bukan Kluang Man ye abg², kakak², adik² salah tu. SG ni salah satu pet feveret Papa la. Tu yang jeles bila tengok dia ada SG. Nak tahu lebih lanjut pergi ke blog dia cepat. Ada hot NEWS juga tau, jom tengok copy paste sedikit blog Cik Aini.

Eh entri cik gebu tu bukan utk Papa la. G tengok xcaye, mandai je korang ni.. #Blushing.
Owh mcmane nak pergi ke blog Cik Aini ye. Klik sini Cik Gebu

Follower Ramai


assalamualaikum..

Alhamdulillah follower Papa PUSS dah nak hampir 100. Mari kita lihat follower mana yang bertuah utk ke-100? Jika dia adalah pemilik nombor itu, Papa PUSS akan review untuk blog dia. Terima kasih pada pemilik 100 ini.. :D

mahu tips tingkatkan follower? Klik pd blinking..

Wednesday 11 January 2012

Pencarian 100 blogger Malaysia untuk portfolio seni AA Graphic



Nama : Mohd Hafiz a.k.a Papa PUSS
Tempat tinggal sekarang : Putrajaya
Join Blog sejak : Disember 2011 (actually dah lama join blog tp itu blog lagi satu)

Adam macam ini boleh ka? Kalau kena reject, bagitahu ye ngeeeee...

Kepada sesiapa yang berminat nak join, jangan lupa ye. Klik pada ruangan ini -> AdamMaya *kehkeh.. Mana nak tau, hangpa yang berjaya. Papa PUSS xpaalaa saje nak memeriahkan suasana. Terima kasih sebab sudi terima penyertaan Papa ni Adam na. Wink!

Wordless Wednesday #4


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa² description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa² penjelasan. Cer teka?! :D


p/s : Papa so busy, sorry tak dpt nak BW lagi. Coming Soon!!

Tuesday 10 January 2012

Arnab Pakai Skirt

assalamualaikum..

Lama Papa tak hupdate blog kan? Ini sebab Papa teramat sibuk dengan event besar. Balik je dah terasa penat, nak pegang lappy pon dah xterdaya. Jadi Papa minta maaf kepada yang datang melawat ke blog Papa. Mari kita bergembira menceriakan hati kita dikala petang.

Lawak Arnab G Sekolah :


Shena : Ibu tadi di sekolah kan, kawan-kawan Shena suka jatuhkan pensil, pemadam dan banyak lagi benda-benda ke bawah meja Shena.

Ibu Shena : Mereka mesti nak melihat seluar dalam kamu la tu. Kecil-kecil dah pandai dan gatai macam orang dewasa. Mana dibelajar tu.

Shena : Iyeke Ibu??... Wah nasib baiklah Shena tak pakai seluar dalam ke sekolah hari ini, jadi kawan-kawan Shena tak dapat la tengok seluar dalam Shena kan mak...

Ibu Shena : #@$%*&&!!$##@...

SEMOGA BERJUMPA LAGI SI COMEL

Friday 6 January 2012

Soalan #2



Alamak!! Mana Male & Female ni?!

Soalan #2
Saya nak bertanya. Jika ibu arnab dah melahirkan anak. Dalam berapa tempoh arnab betina boleh di 'mating' kan semula? Jika selepas di'mating'kan, ibu arnab ini boleh diletakkan semula ke sangkar anaknya semula?

Jawapan Papa:
Ibu arnab yang baru melahirkan anak, boleh dimatingkan semula selepas bercerai susu @ 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Rujuk sini - SEX. Berkaitan dengan selepas dimatingkan si ibu kemudian dimasukkan semula ke dalam sangkar anak itu. Papa mengsyorkan supaya, ibu arnab yang telah dimatingkan semula tidak seharusnya dimasukan @ dalam satu sangkar dgn anak itu tadi. 


Ini kerana, ibu arnab mungkin boleh bertindak agresif terhadap anaknya. Kesesuaian bersama tidak ada selepas dimatingkan. Ini juga kerana ia diibaratkan seperti ibu arnab tersebut telah melepaskan anak-anaknya berdikari dengan sendiri. Ibu tersebut telah mengfokuskan penjagaan diri selepas bercerai susu.

Tentang Anak Arnab

assalamualaikum...

Selepas proses mengawan semestinya bunting dan beranak si comel arnab kita. Bukankah begitu!! Jadi mari kita sama-sama fikirkan pula tentang anak arnab.




Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana bau lain pada badan anaknya.Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu) buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur 14 – 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.


MENJELANG KELAHIRAN
*Penyediaan kotak - 3 hari sebelum beranak
*Kotak anak - dibasmi kuman menggunakan disinfectant seperti , Omnicide .
*Cara penggunaan :l 60ml Omnicide + 10 liter air.

Langkah disinfection:
-Kotak dicuci – larutan omnicidel, dibersihkan – air
-Dijemur dibawah cahaya matahari, kotak diisi - habuk kayu, rumput kering, surat khabar
- ibu arnab ditempat anaknya dan elakkannya dari kesejukan.
-Pakai sarung tangan - dicelup Dettol - elak ibu agresif terhadap anak.
-Buat pembersihan kotak sangkar - elak penyakit.
-Kotak anak dibuka - umur anak 21 hari

PENGURUSAN ANAK (1 hari - 30 hari)
-Membuat catatan dalam rekod kelahiran: No. ibu, No. bapa
-Tarikh, Jumlah anak, Berat semasa kelahiran
-Catat pada borang dan kotak anak (umur 1 hari)
-Sangkar sentiasa dibersihkan - elakkan sebarang penyakit
-Rabbit Lactation Pellet’ diberi kepada ibu - menggalakkan penghasilan susu yang baik.
-Sepanjang tempoh awal penyusuan, ibu dan anak tidak boleh diganggu - dikhuatiri ibu akan membunuh anaknya.

Thursday 5 January 2012

Jantung Manusia 1812

assalamualaikum..

Hari ni Papa tak dpt nak share tentang arnab. Papa nak share berita ttg jantung manusia pada korang semua. Papa pon xberapa faham sebenarnya. Apakah perbezaan antara skrg dan dulu punya lakaran?



LONDON - Satu lakaran dalam jurnal New England Journal of Medicine yang bertarikh 1 April 1812 menunjukkan gambar rajah jantung manusia.

Gambar rajah itu disiarkan menerusi artikel berjudul Cases of Organic Diseases of the Heart and Lungs yang dihasilkan oleh John C. Warren.

Jurnal itu diasaskan dua abad lalu oleh dua doktor dari Boston dengan idea bahawa sains akan dapat memberi panduan dalam rawatan perubatan.

Sumber : KosmoKhamis

Wednesday 4 January 2012

Wordless Wednesday #3




Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa² description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa² penjelasan. Cer teka?! :D

Monday 2 January 2012

Arnab Tahun Baru

assalamualaikum

Hehe jangan salah faham, bukan arnab Papa ni sambut tahun baru 2012 ye. Tetapi semalam pelanggan baru beli 3 pasang arnab untuk dibuat hadiah kepada orang. Itu yang sebenarnya, jangan marah ye hehe. Tetapi memang la ada untung ada ruginya.

Kes semalam, abg ni nak 3 pasang arnab. Jadi Papa pun dah sediakan arnab yang dia mahukan. Tapi sayang, Papa xde rezeki utk menjualkan ke 3pasang tersebut. Salah seekor jantan mati mungkin kerana stress pada cuaca semalam yang agak panas. Jadi Papa kena redha dan bersyukur.

Ini pelanggan Awal Tahun 2012 Papa

Takut la Papa...


"nyomelnyee.."


Hehe dia syukee kite... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...