Followers

Showing posts with label Penjagaan Arnab. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan Arnab. Show all posts

Saturday, 14 January 2012

Belajar Bahasa Arnab

assalamualaikum..

Selamat Pagi semua. Dah berikan sarapan pada arnab-arnab ANDA ke? Jangan lupa tau, kesian mereka kalau lapar. Okay baiklah kali ini Papa nak kongsikan lagi satu rahsia tentang arnab. Macam pelikkan bunyi tajuk entri Papa kali ini. Gempax tak? Bahasa Arnab tuw! Mari sama² kita tekun belajar tentang BAHASA ARNAB.

The Language of Bunny

1.Mengerik gigi yang lembut – Bermakna arnab anda Happy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.

2.Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy

3.Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar

4.Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja

5.menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.

6.Honking ( bunyi seperti angsa) – inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.

7.Mencium anda dengan perlahan – ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian

8.Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira

9.Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda

10.mengerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relex

11.makan najis – jangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien

12. menaikan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu

13.berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.

14.menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda, atau melompat keatas riba – minta perhatian

15.cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda

16.jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya

17.Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)

18.Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat

19.arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya

20.Jika arnab mempunyai sepasang arnab, dan yang jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia untuk megawan

21.Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera

22.Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.

23.Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.

24.Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit

25.terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan) atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian

26.perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah

Friday, 13 January 2012

Tips Mengenali Jantina Arnab

assalamualaikum..

Hello semua, mcmana dengan Si Comel? Sehat ke? Merajuk ke? Stress ke? Jgn semua itu ada pada arnab ANDA kecuali sihat wallafiat. Amin.. Lama Papa tak kongsikan tips dgn semua. Kali ni Papa nak berkongsi tentang bagaimana kita hendak mengenali arnab jantan dan betina diusia 2-3 bulan. Mari kita lihat kebawah dan kenali arnab ANDA jantan @ betina.

MALE


OKAY!! Ini gender utk male, kalau dah renung dengan baik punya. Sila lah pastikan dengan memeriksa arnab anda pula. #selalunya kita akan beli arnab suruh penjual tu tengokkan sendiri.

FEMALE


Ini untuk gender Female pula. Berbeza dengan jantan kan, so takdelah kekeliruan dalam pemahaman tentang gender arnab ni. Kalau ada arnab jantan dan betina dalam populasi tu #Untunglah..

TIPS ini untuk pengetahuan pada orang yang baru nak mengenali serta pada tuan-tuan yang nanti bakal ada baby bunny yang dilahirkan. Gambar sumbangan dari OUR

SEMOGA BERJAYA!!

Arnab Sebagai Sumber Makanan & Pakaian


assalamualaikum..

Selain menjadi haiwan peliharaan, arnab juga diternak untuk daging sebagai makanan manusia, terutamanya di Eropah, Amerika Utara dan Selatan, dan Timur Tengah. Daging arnab masih dijual dalam pasar dan kedai daging di United Kingdom, tetapi bukan dalam pasar raya, sebaliknya lebih tertumpu di pasar tani dan juga Borough Market yang terkenal di London, di mana bangkai arnab diperagakan di khalayak umum secara tergantung bersama burung kuang dan haiwan buruan yang lain. Daging arnab pernah dijual secara besar-besaran di Sydney, Australia, tetapi kini sudah berkurangan ekoran penyakit miksomatosis yang diperkenalkan di negara itu untuk cuba menghapuskan populasi arnab buas.

Daging arnab diperoleh dengan memburu atau menternak. Jerat dan senjata berapi digunakan untuk menangkap arnab liar untuk dimakan. Di merata tempat, arnab juga diternak untuk dagingnya, kemudian disembelih dengan menghentak belakang kepalanya. Daging arnab merupakan sumber protein yang bermutu tinggi, dan boleh digunakan dalam sebanyak cara yang boleh seperti daging ayam. Sebenarnya, seorang tukang masak terkenal, Mark Bittman berkata bahawa daging arnab ternak sama rasanya dengan ayam kerana kedua-dua dagingnya ibarat palet kosong yang boleh dilapisi dengan mana-mana perisa yang disukai. Daging arnab lebih pejal daripada daging lembu, babi dan ayam.

Penggunaan arnab sebagai sumber makanan berdaging dibelenggui beberapa masalah, antaranya termasuk: tularemia (“demam arnab”), dan juga “kebuluran arnab” yang mungkin sekali disebabkan oleh kekurangan asid lemak penting dalam daging arnab. Arnab juga menjadi makanan kegemaran ular sawa besar, seperti ular sawa Burma dan ular sawa rendam, baik di alam liar mahupun dalam kurungan.

Pemakanan arnab adalah terlarang dalam agama Yahudi kerana meskipun mengunyah mamahannya, namun kukunya tidak berbelah, seperti yang ditetapkan oleh kitab Imamat dan kitab Ulangan dalam Alkitab Ibrani.
Bulu arnab adakalanya digunakan untuk membuat pakaian dan perhiasan diri, seperti skaf dan topi. Arnab Angora diternak untuk bulunya yang panjang dan halus dan boleh dicukur seperti bulu biri-biri. Arnab juga bagus untuk menghasilkan tahi dan kencing yang penuh dengan nitrogen, untuk meningkatkan daya pengeluaran pokok lemon. Susu arnab juga memberikan faedah perubatan dan khasiat kerana kekayaan kandungan proteinnya.

SUMBER : Wikipedia

Friday, 6 January 2012

Soalan #2



Alamak!! Mana Male & Female ni?!

Soalan #2
Saya nak bertanya. Jika ibu arnab dah melahirkan anak. Dalam berapa tempoh arnab betina boleh di 'mating' kan semula? Jika selepas di'mating'kan, ibu arnab ini boleh diletakkan semula ke sangkar anaknya semula?

Jawapan Papa:
Ibu arnab yang baru melahirkan anak, boleh dimatingkan semula selepas bercerai susu @ 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Rujuk sini - SEX. Berkaitan dengan selepas dimatingkan si ibu kemudian dimasukkan semula ke dalam sangkar anak itu. Papa mengsyorkan supaya, ibu arnab yang telah dimatingkan semula tidak seharusnya dimasukan @ dalam satu sangkar dgn anak itu tadi. 


Ini kerana, ibu arnab mungkin boleh bertindak agresif terhadap anaknya. Kesesuaian bersama tidak ada selepas dimatingkan. Ini juga kerana ia diibaratkan seperti ibu arnab tersebut telah melepaskan anak-anaknya berdikari dengan sendiri. Ibu tersebut telah mengfokuskan penjagaan diri selepas bercerai susu.

Tentang Anak Arnab

assalamualaikum...

Selepas proses mengawan semestinya bunting dan beranak si comel arnab kita. Bukankah begitu!! Jadi mari kita sama-sama fikirkan pula tentang anak arnab.




Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana bau lain pada badan anaknya.Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu) buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur 14 – 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.


MENJELANG KELAHIRAN
*Penyediaan kotak - 3 hari sebelum beranak
*Kotak anak - dibasmi kuman menggunakan disinfectant seperti , Omnicide .
*Cara penggunaan :l 60ml Omnicide + 10 liter air.

Langkah disinfection:
-Kotak dicuci – larutan omnicidel, dibersihkan – air
-Dijemur dibawah cahaya matahari, kotak diisi - habuk kayu, rumput kering, surat khabar
- ibu arnab ditempat anaknya dan elakkannya dari kesejukan.
-Pakai sarung tangan - dicelup Dettol - elak ibu agresif terhadap anak.
-Buat pembersihan kotak sangkar - elak penyakit.
-Kotak anak dibuka - umur anak 21 hari

PENGURUSAN ANAK (1 hari - 30 hari)
-Membuat catatan dalam rekod kelahiran: No. ibu, No. bapa
-Tarikh, Jumlah anak, Berat semasa kelahiran
-Catat pada borang dan kotak anak (umur 1 hari)
-Sangkar sentiasa dibersihkan - elakkan sebarang penyakit
-Rabbit Lactation Pellet’ diberi kepada ibu - menggalakkan penghasilan susu yang baik.
-Sepanjang tempoh awal penyusuan, ibu dan anak tidak boleh diganggu - dikhuatiri ibu akan membunuh anaknya.

Thursday, 29 December 2011

Arnab Mengawan


assalamualaikum...

Pembeli : Saya nak bertanya. Kenapa arnab saya sudah hampir usia 6 bulan, tetapi masih tidak ada tanda² mengawan. Usia jantan 5bulan dan betina 6bulan. Saya meletakkan mereka dalam satu sangkar yang besar bersama-sama. Perut betina sewaktu saya pegang, masih kempis tiada tanda mengandung.

Okay itu masalah pelanggan @ pembeli arnab dekat Papa. Yang telah mengadu masalah tentang kehamilan @ mengawan. Jadi Papa pon reseach mana² blog, jadi Papa akan mengadaptasikan sedikit serta memberikan pendapat peribadi sendiri. Terima kasih kepada pelanggan tersebut atas idea yang boleh dikongsikan sekali lagi selepas entri ini -> SEX

SCROLL KOTAK DIBAWAH UTK MAKLUMAT LANJUT




PEMBIAKAN
Masukkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Tetapi jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab jantan tersebut. Masa mengawan antara 1 – 5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tersebut.Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang, elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

KEKERAPAN MENGAWAN
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara perlahan kepada sekali sehari.Penggunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab pejantan tersebut.Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.Dalam penternakan arnab komersial, arnab betina akan dihakwinkan semula dalam tempoh antara 3 – 4 minggu selepas tempoh beranak. Atau dalam masa proses cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.

MENINGGIKAN KEBERNASAN
Untuk memastikan arnab tersebut telah mengawan ialah apabila arnab janatan memanjat arnab betina auntuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8.00 pagi – 10.00 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5 – 6 jam selepas proses mengawan yang pertama. Iaitu pada waktu petang.

TEMPOH BUNTING
Salah Satu Kotak Utk Arnab Beranak
Tempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.Tanda-tanda arnab telah hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27 – 29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Elok sekiranya pembela membubuhkan cebisan kertas surat khabar yang telah di potong-potong bagi membantu pembentukan sarang.Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

BUNTING PALSU
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil “bunting palsu” keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 – 17, pada masa tu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.



Okay itu secara selingan yang Papa dapat cari dan kongsikan. Tapi Papa pun ada pendapat sendiri walaupun masih tiada pengalaman dalam bab arnab beranak hehe.

  • arnab tidak memerlukan sangkar yang besar untuk mereka mengawan kerana hanya memerlukan kadar tempoh yang amat singkat 1-5 minit sahaja. jadi letakkan arnab betina didalam sangkar jantan yang sederhana dalam tempoh tersebut dan alihkan semula arnab betina tadi ke kawasan dia semula.
  • arnab betina tidak suka bersama si jantan dalam tempoh yang lama jika tempoh musim mengawan. ini kerana arnab betina akan mudah stress.

Rawatan Tradisional Arnab Kena Kurap

assalamualaikum

Kali ni Papa nak sharing berkenaan. Bagaimana hendak merawat Arnab kena kurap secara Tradisional (sendiri). Papa mengambil petikan ini dari blog seangkatan : ArnabCute. Papa nak terangkan sendiri pun belum boleh lagi sebab masih tiada pengalaman dalam kurap arnab. Ini cara² yang boleh anda lakukan jika mengalami situasi tersebut.



Berikut dinyatakan cara rawatan bagi masalah kurap/scabis bagi arnab untuk peringkat awal.

  1. Sapu dengan minyak rambut zaitun (ini yang sering saya praktikkan),
  2. Boleh juga diletakkan dengan minyak goreng ikan, minyak masak, minyak kelapa, tujuan minyak tu untuk menutup hama/mites untuk bernafas(mendapat oksigen), jadi bila dilakukan kerap, telur hama tu tidak dapat nak menetas semula dan seterusnya gagal untuk terus membiak,
  3. Rawatan dengan minyak gamat. Tujuan minyak gamat pulak adalah untuk mengubati luka-luka di kawasan kurap.


Sunday, 25 December 2011

Arnab Untuk Dijual


Mai mai, Papa nak jual bunny yang comel arini. Ini baka yang comel tay, si Male tu lagi best. Muka macam pola panda sangat. Okay kalau berminat boleh hubungi Papa PUSS 010-4344396 @ email : bunnypet69@gmail.com

DETAIL

Breed : Teddy Bear
Age : 2month
Gender : Male & Female (couple)
Price : RM130 (sepasang) Rm80 (seekor)

Thursday, 22 December 2011

Adik Papa Dapat Keputusan PMR


Syukur alhamdulillah. Adek Papa dapat 8A keputusan PMR. Doa dari semua pihak utk dia. Menangis kejap Papa dgr berita mcmtu. Dia idamkan jam tangan, jadi Papa ingin tunaikan. Cuma Papa ni jenis xreti nak beli barang utk perempuan. Jam macamana ea nak dihadiahkan kepada dia. Korang kalau ada idea nak bagi, sila tinggalkan link picture jam tangan tu kat komen box tau. Hargai sangat², thanks.. (",)

Wednesday, 21 December 2011

Cara Menjaga Anak Arnab Kematian Ibu


Hye semua peminat arnab si comel yang berjaya. Macamana dengan arnab ANDA?? Papa PUSS harap derang semua sihat. Shenta Bobo Shena Papa derang sehat sangat-sangat. Tak reti nak duduk diam, bila lepas dekat beranda asik berlari sana-sini. Ok kali ini Papa nak berkongsi @ sharing tips tentang bagaimana hendak menjaga anak arnab yang kehilangan ibunya.

Ada 3 cara untuk menjaga anak arnab yang kehilangan ibunya :-

1) Tumpangkan anak arnab tersebut kepada ibu angkat (arnab, jgn kucing pula ye). Lebih baik sekiranya usia adalah sebaya dengan anak arnab yang kematian ibu itu. Perlu diingat, susu ibu arnab adalah yang terbaik untuk anak arnab. (Jika boleh, jagalah si ibu arnab agar tidak mati ketika baru lepas beranak).

2) Beri anak arnab tersebut susu kambing 2x sehari.

3) Beri susu formula arnab/kucing yang terdapat di pasaran. KLIK ini utk beli.



Cara nombor 1 & 2, anda bolehlah menggunakan syringe atau botol susu khas. Perhatikan gambar di bawah:-

Bottle Feeding Cottontail

Syringe Rabbit
Sudah pasti anda menghadapi kesukaran untuk menyusukan anak arnab dengan cara syringe atau botol susu. Apa yang penting ialah usaha anda untuk kesejahteraan hidup arnab anda. Sukatan harus betul. Susukan anak arnab 2x sehari sahaja. Jika menemui kegagalan, jangan kita menyalahkan takdir dan diri. Mungkin ada hikmah disebaliknya, mana tahu ANDA akan menemui yang lebih terbaik.. Semoga berjaya dan Papa harap tips ini akan berguna kepada ANDA. Jumpa lagi Si Comel!!


Tuesday, 20 December 2011

Usia Arnab Mengawan


Papa nak berkongsi dengan pemilik-pemilik @ pecinta Si Comel Arnab ini dengan satu info untuk ketahui, bila waktunya arnab ANDA sampai tahap untuk mengawan. Kekadang kita terlalu seronok sehingga alpa yang sepasang si comel kita dah meningkat usia. Sepasang arnab yang kita pelihara/bela perlu dipisahkan jika usianya telah mencapai tahapnya. Jadi mari kita scroll dan pelajari tentang usia arnab mengawan dan penjagaan seekor ibu arnab.




USIA ARNAB

Selalunya umur matang seekor arnab tergantung kepada baka. Ada yang mencapai tahap matang seawal umur/usia 4-5bulan dan ada pula yang terlalu lambat sehingga memakan masa 9-12bulan. Pada lazimnya, kebanyakan arnab baka-baka pet yang bersaiz kecil seperti Angora, LionHead, Lop Ear, Dutch dan lain-lain mencapai tahap matang diantara umur 4-6bulan, bergantung kepada baka arnab tersebut. 

Manakala tahap kematangan untuk arnab dari baka-baka besar pula adalah yang paling lambat didalam senarai kematangan arnab (bukan bermakna baka besar akan bersikap kebudak-budakan walaupon badan dah besar). Sesetengah baka besar boleh mencecah setahun(12 bulan) untuk mencapai tahap kematangannya. Oleh sebab itu, baka-baka besar tidak disenaraikan didalam barisan baka-baka untuk dijadikan pedaging(istilah mudahnya - baka pedaging). Eloklah dipisahkan arnab-arnab itu ketika ini, ini kerana tidak mahu timbul kepayahan dimana berlakunya kejadian beranak tidak dirancang(melahirkan tanpa perancangan). Arnab akan mula mengawan apabila mencapai tahap matang. -> ArnabKiut



PENJAGAAN IBU ARNAB

Kebiasannya ibu arnab akan melahirkan anak pada waktu malam ataupun awal pagi. Kita akan mengetahuinya apabila kita melihat ibu arnab ini resah, kurang selera makan, letih dan akan mencabut bulu. Kebiasaannya ibu akan memakan uri setiap anaknya. Ingat, kita harus memberikan makanan dan air yang cukup. Ini bagi mengelakkan ibu arnab memakan anaknya sendiri. 

Sekiranya kita lepaskan ibu arnab di tanah, ia akan mengorek tanah untuk membuat sarang bagi ia beranak. Ibu arnab akan menutup lubang pada waktu siang, tetapi akan masuk untuk menyusukan anak pada waktu malam. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diinginkan. 

Ibu arnab tidak boleh terkejut ketika melahirkan anak, sekiranya ia terkejut, berkemungkinan ia akan mencederakan anak yang dilahirkannya. Kita juga tidak digalakkan memegang anak arnab ini. Ini adalah kerana untuk mengelakkan ibu arnab daripada tidak mengenali anaknya. Sekiranya perkara ini berlaku, ibu arnab tidak akan menyusukan anaknya. Jika begitu, kitalah yang perlu membantu menyusukan anaknya secara manual.

Jadi pada pemilik² yang hampir mengalami keadaan seperti ini. Seharusnya bersiap sedialah dengan segala apa yang perlu. Semoga ANDA berjaya. :)

Jangan Lakukan Ini Kepada Arnab Anda


Kali ini Papa nak sharing perkara-perkara yang tidak sepatutnya tuan kepada si comel lakukan. Ini kerana pada permulaan bagi pemilik² baru dalam dunia arnab. Mereka sering kali beranggapan bahawa arnab ini seperti kucing @ anjing. Anggapan itu terlalu drastik jika ia tidak diselidik terlebih dahulu. Arnab ini memang manja tetapi tidak lah seperti kucing. Mari kita lihat apa yang dikatakan JANGAN pada arnab :



a) JANGAN mengangkat arnab di bahagian telinga;
Arnab tidak suka dipegang di bahagian telinga. Tambahan pula tubuh arnab berat tetapi tulang-tulangnya lembut. Arnab akan meronta jika dipegang telinganya. Jika ia meronta dengan kuat, kemungkinan tulang leher atau tulang belakangnya akan patah. Cara yang betul mengangkat arnab adalah dengan mencekup telinga sekaligus dengan kulit di bahagian belakangnya dengan tangan kanan, sementara tangan kiri mengampu di bahagian punggungnya. Jika arnab meronta-ronta, biarkan ia sebentar dan ulang semula pada masa yang lain.

b) JANGAN sergah arnab anda;
Arnab sangat sensitif kepada bunyi yang kuat dan yang memeranjatkan. Ia akan melompat dan berlari ketakutan. Arnab yang ketakutan mungkin tidak mahu makan untuk beberapa hari.

c) JANGAN lakukan arnab seperti seekor kucing;
Anda tidak boleh melayan arnab seperti seekor kucing. Anda boleh memegang dan membelai arnab tetapi sesetengah arnab hanya suka dibelai tanpa dipeluk. Tendangan kaki belakang dan cakaran kaki hadapannya kuat dan boleh melukakan tangan. Berhati-hatilah!!

d) JANGAN abaikan arnab anda;
Apabila membeli arnab, anda harus bersedia untuk menjaganya. Jangan beli jika tidak memahami bebanan yang mungkin anda tanggung. Jangan juga hadiahkan arnab (yang pada mulanya kelihatan sangat comel) kepada kanak-kanak yang tidak faham penjagaan arnab kerana apabila ia telah besar, comelnya mungkin akan hilang dan arnab itu diabaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...