Followers

Showing posts with label Penjagaan Hamster. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan Hamster. Show all posts

Monday, 5 November 2012

My Princess TERRA Bianca si Guinea Pig

Selepas berjinak dengan Rabbit, Papa berjinak dengan Persian and DLH Persian Cat. Kemudia Papa minat Hamster Winter and Syrian and NOW Papa tambahkan lagi new hobby. Bela Guinea Pig pula, mereka nie sgt comel lorrgh. Papa xboleh tahan tengok!! Meih papa perkenalkan anak emas Papa antara anak guinea pig Papa yg lain.
My Princess TERRA Bianca

Tengah preggy(mengandung) sekarang ni, bapak anak tu xsure sbb dimatingkan dengan 2 breed. Merino and Peruvian. Okay Papa kenalkan sikit tentang Bianca nie ye. Female berusia 9 bulan lebih, penah menjadi ibu kepada seekor anak yg comel. Anaknya dah dibeli org yg telah dinamakan Melda. Dekat picture Bianca ni bulunya nampak pendek kan? Itu disebabkan barbering yg bermaksud bulunya terputus atas gegetan GP yg lain atas faktor stress, mengawan, habit & kelaparan.

Bianca pon pernah berbulu panjang, sekarang dalam proses pemulihan bulu. Dalam sebulan lagi dia akan jd sperti sediakala. Bulu Peruvian yg dijaga, boleh mencecah lantai. Bianca sangat manja, periang, kuat makan(maybe sbb faktor preggy). Yang paling Papa xboleh blah, dia suka duduk celah kangkang Papa bila diusap. Papa jadi malu bila dia buat mcmtu LOL. Mempunyai tricolor, ini adakah color yang sangat Papa minat. Papa xboleh tengok pet yg ada warna putih mahupon albino(seluruh putih).

So sekarang ni papa hanya menunggu Bianca membesar dgn baik dan menjaga kandunganya dgn baik. Faveret Bianca adalah Capsicum and Capsicum ini mmg sgt sesuai untuk mencantikan bulu serta menggemokkan mereka.


Ini adalah contoh Peruvian yang tidak barbering. Bulu dijaga baik.

Thursday, 18 October 2012

Mengenali Jantina Hamster

Hah? Kamu tak tahu mana male(jantan) and yang mana female(betina)? Occay mari Papa kongsikan ilmu tentang bagaimana mengenali jantina baby comel awak tu. 

Ciri Jantan : hamster jantan adalah letak titik yang berjauhan. Hamster jantan sgt senang dikenali dari telur nya yang besar.

Ciri Betina : hamster betina adalah letak titik yang berdekatan. Size dia lebih kecil dari jantan.

Barang Keperluan Asas Hamster


Entri kali ini sesuai untuk newbies yang baru nak berjinak dengan haiwan comel dan kecil ini. Walhal Papa pon baru je berjinak dengan haiwan kecil dan comel ni. Sebelum bershopping keperluan mereka, kamu kena pastikan jenis hamster mana yang hendak dipelihara. Kerana size mereka akan berbeza-beza. Contoh yang Papa boleh bagi seperti Hamster Syrian, ianya spesis yang agak besar. So jangan beli sangkar yg kecil, mungkin kena beli yang agak besar dari size biasa.


1) Sangkar/Cage

Mestilah bersesuaian dengan jumlah hamster yang anda ingin bela. Harga sangkar adalah berbeza mengikut saiznya. Anda boleh dapatkan sangkar hamster di pet store berdekatan dengan anda. Sangkar yang lebih kecil sesuai untuk jumlah hamster yang sedikit manakala sangkar yang besar sesuai untuk jumlah hamster yang lebih banyak. Elakkan membeli sangkar yang mempunyai laci pada bahagian bawahnya kerana apabila hamster membuang air kecil, ia mungkin akan keluar melalui laci tersebut(#Tapi Papa pakai yg berlaci, okay je xde masalah hehe).Elakkan membela hamster anda didalam akuarium kerana pengudaraanya yang tidak baik dan menyebabkan bau busuk berlaku dgn cepat. Sangkar selalunya akan disertakan sekali roda mainan, bekas air & bekas makanan.

2) Bedding

Untuk bedding pula, selok-eloknya pilihlah bedding yang lembut dan anti-bacteria. Bedding boleh didapatkan dalam pelbagai jenama. Untuk anda yang selalu sibuk adalah baik untuk anda membeli bedding yang mempunyai haruman, ini kerana ia mampu untuk bertahan lebih lama dari berbau busuk. Tukar bedding hamster anda 2 kali seminggu atau sekiranya perlu. Pelbagai haruman boleh didapati mana-mana brand bedding seperti apple, lemon, strawbery. Papa suka apple :)

3) Permainan @ Peralatan Tambahan

Hamster adalah haiwan kecil yang selalu gembira. Jadi anda perlulah menyediakan sebuah taman mini untuk hamster anda sebagai tempat permaina buatnya. Antara perlatan permainan yang selalu digunakan adalah roda berpusing, terowong kecil dan tempat bersembunyi (penting bagi ibu hamster yang telah melahirkan anak). Ini semua adalah mengikut kemampuan awak-awak yea. Perlahan-lahan kita kayuh bagi mereka HAPPY!!


Itulah serba sedikit yang boleh Papa kongsikan. Kos yang Papa syorkan pada korang sediakanlah dalam RM100.00. Gambar yg diatas Papa belanjakan dalam RM74 sahaja :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...