Followers

Showing posts with label Pelanggan. Show all posts
Showing posts with label Pelanggan. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

Kenali Apa Itu GP?!

                                                                                                                 ~ STICKY POST ~                                                                                                                                                                                                                                                ~STICKY POST~
  • Apa itu GP?
  • Apa itu Apezs GP?
  • Apa itu Guinea Pigs?
  • Bukan ke GP tu Grooming Package?

     Pelbagai soalan yang selalu diajukan kepada Papa PUSS tentang GP. Kerana setiap kali dapat panggilan, semua pelanggan ini mahukan Grooming Package for Cat. Untuk makluman semua, Papa PUSS hanya menyediakan khidmat untuk GP iaitu Guinea Pig. GP itu bukan lah Grooming Package tetapi singkatan kepada Guinea Pig/Arkus/Marmut, lebih mudah dikenali dikalangan orang melayu Tikus Belanda. Papa tidak suka menggunakan perkataan Tikus Belanda kerana 'tikus' itu tidak menggambarkan sikit pon berkaitan latar belakang GP ini. Oleh itu Papa akan terangkan dengan lebih jelas apakah itu AGBG dan apakah yang AGBG sediakan.

    AGBG a.k.a Apezs GP Boarding & Grooming menyediakan khidmat Boarding serta Grooming KHAS utk Guinea Pig/Arkus sahaja buat masa ini. Ini kerana Papa tidak mempunyai alatan khas untuk grooming Cat. Papa hanya mempunyai alatan untuk Marmut sahaja, jadinya Papa tidak mahu mengambil risiko untuk Grooming Cat takut nanti ada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang Papa sediakan. Jangan berkecil hati kepada pelanggan yang Papa menolak secara bebaik hehe. 

    Apezs GP pula memberikan makna bahawa Apezs itu Papa sendiri dan GP itu Guinea Pig. Oleh itu Papa menggabungkan Apezs GP yang menggambarkan Papa hanya specialist for GP sahaja (buat masa ini). Jadi sebarang pertanyaan berkaitan GP in shaa Allah Papa mampu untuk menjawabnya. Jika anda menyatakan kenapa nama GP Guinea Pig itu buruk sgt, Papa tidak boleh nak buat apa². Ini kerana nama ini telah dinyatakan dari abad kurun dahulu lagi, yang diberi oleh pihak saintis. Ia tidak HARAM untuk dipenggang bahkan utk di bela ye kengkawan, 'pig' itu diberi kerana bunyi nya kkdg seakan bunyi 'khinzir' yg sebenar. Tapi takdelah kuat & selalu mcmtu, dia bunyi nyaring je. Jika anda ingin melihat rupa GP itu sendiri boleh la tengok diruangan INI ..



Tuesday, 13 August 2013

Boarding Bulan Ogos 2013

Raya masih terasa dikala 6 Syawal ini, tetapi raya kali ni cuti raya ramai yang ambil awal. Owner-owner yang hantar boarding pon dah ada yang mengambil anak bulus memasing. Ada yang masih diboarding sehingga hujung minggu ini. Rindu dengan keletah anak-anak bulus dari pelbagai owner. Anak derang ada yang kuat jerit, kuat makan minum, kuat tido, keluat melompat. Papa PUSS suka giler tengok derang, pasti rindukan mereka lagi. Tak mengapa ada rezeki AGBG, pasni owner mereka htr boarding boleh lah Papa bermain hehe. Alhamdulillah juga kerana ini adalah rezeki Papa yang baru nak bermula dengan biz boarding  & grooming. Feedback yang baik dari pelanggan yang datang. Oleh itu selamat menjamu mata melihat gambar-gambar boarding hehe.

 Suasana Boarding Room dengan anak-anak bulus dari pelanggan AGBG. Keadaan bilik yang selesa nyaman dan sejuk (24/7 cooller ON).

Owner Name : Syabil Nizam
Pet Name : Penelope
*Package : B

Owner Name : Ekkyn
Pets Name : Romie & Julie
*Package : A

Owner Name : Ekkyn
Pets Name : Tessa, Stella & Shiro
*Package : A

Owner Name : Jmie Yussof
Pets Name : Jovian
*Package : A

Owner Name : Fazly
Pets Name : Franky
*Package : A

Owner Name : Fazly
Pets Name : Risyhi
*Package : A

Owner Name : Fazly
Pets Name : Teh & Chubby
*Package : A

Owner Name : Fazly
Pets Name : Ci Chill
*Package : B
Owner Name : El Mo Aniss
Pets Name : Caramel
*Package : B
- Boleh rujuk poster yg diatas bagi status yang bertanda *

Ini lah dia sebahagian anak anak bulus pelanggan AGBG. Mereka sangat² comel. Tidak boleh dinafikan lagi hehe. Terima Kasih Papa PUSS nak ucapkan kepada anda yang mempercayai perkhidmatan Papa. Kalau sudi datang la lagi yea. Jadi anda tunggu ape lagi, jom terjah tempat papa utk boarding mahupun grooming. Papa sentiasa buka tempahan dari anda. Cara menghubungi Papa melalui talian 010-4344396(sms, call), 018-8731986(whatsapp). Melalui Facebook anda search Apezs GP Boarding & Grooming, boleh PM Papa disitu.


Akhir kata Papa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin jika ada salah dan silap yang secara sengaja mahupun tidak disengajakan.





Wednesday, 19 June 2013

Pakej A.G.B.G Kembali

Assalamualaikum

Anak bulus(GP) comot? Belom dimandikan lagi? Tiada masa utk semua itu? Papa ada jalan penyelesaian. Murah, Jimat & Pasti berpuas hati. Papa menyediakan perkhidmatan yang murah utk anak anak bulus(GP) anda semua. Jangan biarkan mereka tidak selesa dengan bulu, badan & haruman yang tidak menyenangkan. Pakej yang Papa berikan sangat-sangat terbaik. Oleh itu jika berminat, jangan tunggu lebih lama. Hubungi Papa ditalian 010-4344396 (Call/Whatsapp). Register you appoiment early!! 

Untuk perkhidmatan boarding, Papa menyediakan perkhidmatan ini dengan sebaik mungkin. Bilik yang mempunyai pengudaraan yang selesa, kipas 24/7 agar anak bulus(GP) tidak akan merasa tertekan. Untuk perkhidmatan ini, Papa menyarankan agar booked dengan lebih awal (1 atau 2 minggu lebih awal) ini kerana tempat adalah sangat-sangat terhad. Mahukan lebih nilai pembayaran anda? Papa memberikan perkhidmatan grooming percuma seandainya boarding yang dibuat melebihi seminggu. Apa tunggu lagi, CEPAT hubungi Papa, jika segan utk call Papa. Boleh whatsapp, email @ PM me d FanePage Apezs GP Boarding & Grooming.



Anything U want to ask, just do call me. Thank You (",)


  

Friday, 6 January 2012

Soalan #2



Alamak!! Mana Male & Female ni?!

Soalan #2
Saya nak bertanya. Jika ibu arnab dah melahirkan anak. Dalam berapa tempoh arnab betina boleh di 'mating' kan semula? Jika selepas di'mating'kan, ibu arnab ini boleh diletakkan semula ke sangkar anaknya semula?

Jawapan Papa:
Ibu arnab yang baru melahirkan anak, boleh dimatingkan semula selepas bercerai susu @ 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Rujuk sini - SEX. Berkaitan dengan selepas dimatingkan si ibu kemudian dimasukkan semula ke dalam sangkar anak itu. Papa mengsyorkan supaya, ibu arnab yang telah dimatingkan semula tidak seharusnya dimasukan @ dalam satu sangkar dgn anak itu tadi. 


Ini kerana, ibu arnab mungkin boleh bertindak agresif terhadap anaknya. Kesesuaian bersama tidak ada selepas dimatingkan. Ini juga kerana ia diibaratkan seperti ibu arnab tersebut telah melepaskan anak-anaknya berdikari dengan sendiri. Ibu tersebut telah mengfokuskan penjagaan diri selepas bercerai susu.

Monday, 2 January 2012

Arnab Tahun Baru

assalamualaikum

Hehe jangan salah faham, bukan arnab Papa ni sambut tahun baru 2012 ye. Tetapi semalam pelanggan baru beli 3 pasang arnab untuk dibuat hadiah kepada orang. Itu yang sebenarnya, jangan marah ye hehe. Tetapi memang la ada untung ada ruginya.

Kes semalam, abg ni nak 3 pasang arnab. Jadi Papa pun dah sediakan arnab yang dia mahukan. Tapi sayang, Papa xde rezeki utk menjualkan ke 3pasang tersebut. Salah seekor jantan mati mungkin kerana stress pada cuaca semalam yang agak panas. Jadi Papa kena redha dan bersyukur.

Ini pelanggan Awal Tahun 2012 Papa

Takut la Papa...


"nyomelnyee.."


Hehe dia syukee kite... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...