Followers

Showing posts with label Bianca. Show all posts
Showing posts with label Bianca. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

Tempoh Matang Guinea Pig




Tempoh matang guinea pig betina adalah di antara 4 hingga 5 bulan, tapi pada Papa PUSS seelok-eloknya tunggu lah cavy betina itu cecah usia 6 bulan. Ini kerana, pada tempoh ini, sifat/sikap cavy ini lebih kuat utk menjaga anak dgn baik. Ada juga yang berpendapatan berat guinea pig betina juga memainkan peranan penting, iaitu sekurang-kurangnya 1.75 paun sebelum dibiarkan mengawan. Bagi guinea pig jantan pula, tempoh matangnya adalah di antara 5 hingga 7 bulan, tetapi sebenarnya usia matang bagi jantan, diawal usia 3 bulan sudah sangat-sangat gatal. Tapi mereka masih dalam proses mempelajari hehe.

Bagaimanapun, anda tidak boleh membiarkan guinea pig betina anda bunting sekiranya umur guinea pig betina tersebut melebihi 8 bulan. Ini kerana pada waktu tersebut, tulang pelvisnya sudah lemah dan boleh membahayakan serta membawa risiko kematian si ibu dan anak di dalam kandungan. Guinea pig juga tidak boleh bunting terlalu kerap. Semakin kerap ia bunting dan melahirkan, semakin pendek jangka hayatnya. Malah, yang baru sekali melahirkan juga berisiko tinggi untuk terdedah dengan pelbagai penyakit.

Tetapi tugas guinea pig jantan bukan semudah itu, guinea pig betina yang rasa terganggu dengan guinea pig jantan yang ingin mengawan akan memancutkan air kencing ke muka guinea pig jantan dan kadang-kadang menggigit telinga guinea pig jantan tersebut.

Tempoh kehamilan guinea pig adalah 59-72 hari. Semakin panjang tempoh kehamilan, semakin kecil jumlah bayi di dalam kandungan dan begitu juga sebaliknya. Pada waktu ini, guinea pig betina memerlukan lebih vitamin C dan meminum lebih banyak air berbanding biasa. Bentuk badannya juga berubah kepada bentuk seakan-akan buah pir. Malah selepas 7 minggu, anda dapat melihat sendiri pergerakkan bayi di dalam perut guinea pig betina. Selepas 2 minggu, ia akan melahirkan pada bila-bila masa saja. Sebaik-baiknya, asingkan daripada guinea pig jantan sebelum tempoh melahirkan.Jika anda berasa was-was, anda digalakkan untuk mengasingkan betina dgn jantan selepas dapat mengesahkan cavy betina sudah bunting.

Apabila cukup tempoh, guinea pig akan menarik anaknya keluar dan memecahkan sendiri kantung yang berisi anak itu. Setelah itu, ia akan membersihkan anak itu sebersih-bersihnya dan akan memakan uri yang keluar bersama-sama bayi tadi. Jangan bimbang, ia adalah sesuatu yang biasa dan amat baik untuk membantu penyusuannya nanti.
 
 
Papa PUSS berharap entri kali ini dapat membantu anda semua. Sayangilah mereka secukupnya. Melihat merehat popcorning, sudah tentu anda juga akan happy. Jumpa lagi nanti. See ar..
 
 

Wednesday, 3 July 2013

Alhamdulillah Rezeki

Apa khabar anak bulus? Sihat? Kenapa pening² tu? Pening tidak tahu mana nak boarding or tempatkan anak anak bulus masa raya nanti ye? Jangan terlalu risau! Papa PUSS sedia memberikan khidmat yang terbaik pada anak bulus anda. Papa PUSS menyediakan khidmat Boarding & Grooming utk Raya Adilfitri 2013. Jangan risau mereka semua akan sihat sejahtera. Jika segan/tidak tau/banyak soalan ttg khidmat Papa PUSS ni, boleh hubungi Papa d talian 010-4344396 jika nak whatsapp tambahkan +6 dihadapan nombor telifon.

Allhamdulillah rezeki Papa yang diberi olehNya. Apezs GP Boarding & Grooming telah diketahui ramai. Ada yang telah menghantar anak bulus utk boarding mahupon grooming dengan pakej yang disediakan. Pelanggan pertama sgt berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah AGBG berikan. Gambar bakal diusulkan kemudian :)

Jangan runsing/risau/sedih/stress tidak tahu nak boarding anak bulus raya ini. Papa sedia memberikan khidmat utk anak bulus anda :)




Friday, 21 June 2013

Promosi JUNE Kini Kembali! Grab it



HURRRYYYYYYYYY!!!!

Jangan melepaskan peluang yang terhebat kali ini. Papa sentiasa menantikan anak anak bulus anda. Hubungi Papa segera seperti yang tertera diposter.





Wednesday, 19 June 2013

Pakej A.G.B.G Kembali

Assalamualaikum

Anak bulus(GP) comot? Belom dimandikan lagi? Tiada masa utk semua itu? Papa ada jalan penyelesaian. Murah, Jimat & Pasti berpuas hati. Papa menyediakan perkhidmatan yang murah utk anak anak bulus(GP) anda semua. Jangan biarkan mereka tidak selesa dengan bulu, badan & haruman yang tidak menyenangkan. Pakej yang Papa berikan sangat-sangat terbaik. Oleh itu jika berminat, jangan tunggu lebih lama. Hubungi Papa ditalian 010-4344396 (Call/Whatsapp). Register you appoiment early!! 

Untuk perkhidmatan boarding, Papa menyediakan perkhidmatan ini dengan sebaik mungkin. Bilik yang mempunyai pengudaraan yang selesa, kipas 24/7 agar anak bulus(GP) tidak akan merasa tertekan. Untuk perkhidmatan ini, Papa menyarankan agar booked dengan lebih awal (1 atau 2 minggu lebih awal) ini kerana tempat adalah sangat-sangat terhad. Mahukan lebih nilai pembayaran anda? Papa memberikan perkhidmatan grooming percuma seandainya boarding yang dibuat melebihi seminggu. Apa tunggu lagi, CEPAT hubungi Papa, jika segan utk call Papa. Boleh whatsapp, email @ PM me d FanePage Apezs GP Boarding & Grooming.



Anything U want to ask, just do call me. Thank You (",)


  

Thursday, 18 April 2013

BLOGGER BERTUAH PAPA WITH GUINEA PIG

 
Hello everyone. Papa back to write something. Missing so much but love to know who miss me LOL!!
 
Back to topic dear! Occay lah Papa nak cakap pasal my koleksi Papa lagi iaitu Guinea Pig(GP)/Arkus/Marmut. Papa ada post tentang ini, then ada pembaca blog Papa komen berkaitan GP. Papa teruja kerana masih ada yang belum mengenali apa itu GP(Papa shotkan k). Teruja bukan memerli ok tetapi teruja kerana Pets GP bakal dikenali orang ramai selepas ini. Pembaca blog Papa yg bertuah ialah Celoteh MJ. Siapa xkenal dengan this cute bloggers. Header yg simple but lovely, Theme yg simple but easy to load and sedap mata memandang. Pink kareee uolz!! Sedikit faveret Papa that color hehe. Sesiapa yang masih belum menjadi follower nya sila lah BW ke Pink Island :)
 
Celoteh MJ atau pon dikenali sebagai MJ, menyatakan ia nya pertama kali mendengar tentang Guinea Pig. Eh eh memang tidak dinafikan, GP tidak dikenali ramai dikalangan orang Malaysia terutamanya. Ini kerana haiwan perliharaan ini tidak lah se commersial seperti kucing, burung, haiwan exotic yang lain. GP ini adalah salah satu haiwan peliharaan di luar negara contohnya USA, Denmark, Thailand, Indonesia. Haiwan ini dahulu kalanya sebagai sumber makanan protein kerana ia menghasilkan protein yang tinggi. Setelah lama GP ini membiak, ada yang mengambil ia sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja, peramah dgn manusia etc. Disebabkan oleh itu semakin hari semakin ramai yang memelihara haiwan ini sebagai Pets Home. Dari satu baka wujudnya ke baka yang lain ini kerana kajian terhadap GP ini dilakukan bagi mewujudkan baka baka yang lebih menawan(Gojesz).
 
Wujudnya 3 baka sahaja kini dah mencecah ke 2+ baka yang dihasilkan dari pembiakan mutasi mahu pon natural antara gen-gen yang berbeza. Terhasilnya baka baka yang berbeza dan bertambah menawan, terhasil lah juga peminat-peminat setia GP dari pelbagai golongan mahupun Negara. Termasuk lah Papa ni yang dah terlampau terjebak dengan pemeliharaan GP. Dari sepasang menjadi berbelas-belas pasang haha. Sebenarnya ia nya bergantung kepada orang itu sendiri atas minatnya. Jangan membela kerana cantik tetapi memeliharalah atas dasar ia nya satu minat yang secara semulajadi. Bila memelihara dalam mood sebab dia cute nya dia comel nya dia cantek nya, kang ada yang dah xjaga jadi buwuk dan malas la membela terabailah pet tadi. Kan dah menzalimi namanya, dosa tau!
 
*****
 
Lunkarya Peruvian
Contoh diatas adalah satu baka yang 'Rare'. Baka ini adalah sangat² diminati dan mahal. Bulunya sangat tebal dan dia digelar sebagai 'bad hair day'. Lunkarya mempunyai 3 variasi yang berbeza. Seperti gambar contoh itu dari variasi Lunkarya Peruvian, ia masih ada 2 variasi iaitu Lunkarya Silky/Sheltie dan Lunkarya Coronet. Tetapi bagi Papa Lunkarya Peruvian adalah yang terbaik dari yang lain. Papa adalah peminat fanatic Peruvian Breed dan Papa sangat minat dengan soft color like white tricolor white silver white lilac white etc. Selain dari Lunkarya Peruvian, Alpaca adalah dari genetik Peruvian juga tetapi ianya curly/kerinting. Sudah tentunya sangat² laaaaa GORJES!! Baka yang Papa minat adalah Peruvian, Sheba, Abbyruvian, Alpaca, Lunkarya. Kesemua baka tu Papa dah ada kecuali Lunkarya but its soon bakal sampai(Moga semuanya selamat dan lancar).
 
Sekian itu sahaja buat masa ini Papa coretkan. Kepada MJ semoga penerangan sedikit yang dari newbies macam papa ni dapat diterima dan difahami. Semoga GP dapat diketengahkan lagi dan semua akan mengenalinya dengan baik. Important is this pets GP is not Rat or Hamster, their are Guinea Pig no cross mutation from rat or hamster. Mereka mempunyai populasi sendiri dalam kewujudanya dari abad dahulu.
 
 
 
 
 

Monday, 5 November 2012

My Princess TERRA Bianca si Guinea Pig

Selepas berjinak dengan Rabbit, Papa berjinak dengan Persian and DLH Persian Cat. Kemudia Papa minat Hamster Winter and Syrian and NOW Papa tambahkan lagi new hobby. Bela Guinea Pig pula, mereka nie sgt comel lorrgh. Papa xboleh tahan tengok!! Meih papa perkenalkan anak emas Papa antara anak guinea pig Papa yg lain.
My Princess TERRA Bianca

Tengah preggy(mengandung) sekarang ni, bapak anak tu xsure sbb dimatingkan dengan 2 breed. Merino and Peruvian. Okay Papa kenalkan sikit tentang Bianca nie ye. Female berusia 9 bulan lebih, penah menjadi ibu kepada seekor anak yg comel. Anaknya dah dibeli org yg telah dinamakan Melda. Dekat picture Bianca ni bulunya nampak pendek kan? Itu disebabkan barbering yg bermaksud bulunya terputus atas gegetan GP yg lain atas faktor stress, mengawan, habit & kelaparan.

Bianca pon pernah berbulu panjang, sekarang dalam proses pemulihan bulu. Dalam sebulan lagi dia akan jd sperti sediakala. Bulu Peruvian yg dijaga, boleh mencecah lantai. Bianca sangat manja, periang, kuat makan(maybe sbb faktor preggy). Yang paling Papa xboleh blah, dia suka duduk celah kangkang Papa bila diusap. Papa jadi malu bila dia buat mcmtu LOL. Mempunyai tricolor, ini adakah color yang sangat Papa minat. Papa xboleh tengok pet yg ada warna putih mahupon albino(seluruh putih).

So sekarang ni papa hanya menunggu Bianca membesar dgn baik dan menjaga kandunganya dgn baik. Faveret Bianca adalah Capsicum and Capsicum ini mmg sgt sesuai untuk mencantikan bulu serta menggemokkan mereka.


Ini adalah contoh Peruvian yang tidak barbering. Bulu dijaga baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...