Followers

Tuesday 19 May 2015

Tempoh Matang Guinea Pig




Tempoh matang guinea pig betina adalah di antara 4 hingga 5 bulan, tapi pada Papa PUSS seelok-eloknya tunggu lah cavy betina itu cecah usia 6 bulan. Ini kerana, pada tempoh ini, sifat/sikap cavy ini lebih kuat utk menjaga anak dgn baik. Ada juga yang berpendapatan berat guinea pig betina juga memainkan peranan penting, iaitu sekurang-kurangnya 1.75 paun sebelum dibiarkan mengawan. Bagi guinea pig jantan pula, tempoh matangnya adalah di antara 5 hingga 7 bulan, tetapi sebenarnya usia matang bagi jantan, diawal usia 3 bulan sudah sangat-sangat gatal. Tapi mereka masih dalam proses mempelajari hehe.

Bagaimanapun, anda tidak boleh membiarkan guinea pig betina anda bunting sekiranya umur guinea pig betina tersebut melebihi 8 bulan. Ini kerana pada waktu tersebut, tulang pelvisnya sudah lemah dan boleh membahayakan serta membawa risiko kematian si ibu dan anak di dalam kandungan. Guinea pig juga tidak boleh bunting terlalu kerap. Semakin kerap ia bunting dan melahirkan, semakin pendek jangka hayatnya. Malah, yang baru sekali melahirkan juga berisiko tinggi untuk terdedah dengan pelbagai penyakit.

Tetapi tugas guinea pig jantan bukan semudah itu, guinea pig betina yang rasa terganggu dengan guinea pig jantan yang ingin mengawan akan memancutkan air kencing ke muka guinea pig jantan dan kadang-kadang menggigit telinga guinea pig jantan tersebut.

Tempoh kehamilan guinea pig adalah 59-72 hari. Semakin panjang tempoh kehamilan, semakin kecil jumlah bayi di dalam kandungan dan begitu juga sebaliknya. Pada waktu ini, guinea pig betina memerlukan lebih vitamin C dan meminum lebih banyak air berbanding biasa. Bentuk badannya juga berubah kepada bentuk seakan-akan buah pir. Malah selepas 7 minggu, anda dapat melihat sendiri pergerakkan bayi di dalam perut guinea pig betina. Selepas 2 minggu, ia akan melahirkan pada bila-bila masa saja. Sebaik-baiknya, asingkan daripada guinea pig jantan sebelum tempoh melahirkan.Jika anda berasa was-was, anda digalakkan untuk mengasingkan betina dgn jantan selepas dapat mengesahkan cavy betina sudah bunting.

Apabila cukup tempoh, guinea pig akan menarik anaknya keluar dan memecahkan sendiri kantung yang berisi anak itu. Setelah itu, ia akan membersihkan anak itu sebersih-bersihnya dan akan memakan uri yang keluar bersama-sama bayi tadi. Jangan bimbang, ia adalah sesuatu yang biasa dan amat baik untuk membantu penyusuannya nanti.
 
 
Papa PUSS berharap entri kali ini dapat membantu anda semua. Sayangilah mereka secukupnya. Melihat merehat popcorning, sudah tentu anda juga akan happy. Jumpa lagi nanti. See ar..
 
 

0 Bunny Comey:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...