Followers

Showing posts with label Beli Arnab. Show all posts
Showing posts with label Beli Arnab. Show all posts

Wednesday, 20 May 2015

Eh! Popcorning



Popcorning adalah sikap yang indah untuk dilihat. Cavy yang biasanya baby cavy yang melakukannya, tetapi baby cavy dewasa boleh juga popcorn, mereka hanya tidak melompat terlalu tinggi kerana mereka lebih berat. Cavy popcorning akan berjalan-sekitar dan melompat ke udara, tanah dengan keempat kakinya, cepat berpaling ke arah lain dan ulangi lompatan. Tindakan yang comel ini bermakna cavy anda amat gembira. Bart saya, yang biasanya mempunyai berat sekitar 2 lb-10 oz, masih boleh melakukan untuk melompat agak tinggi, yang biasanya disebabkan apabila dia mendengar plastik, dapat hay, sayur atau bila dia dilepaskan kwasan lebih luas.

Kalau anda selalu memanjakan cavy korang, anda pasti dapat melihat habit-habit pelik yg kerap derang akan buat. Pastu korang akan rasa 'auch so cute'.. Tapi itulah hakikatnya, derang ni memang cute miut haha. Bila nampak derang bising bila dpt makan, or nampak korang datang termasuk ber popcorning. Korang jangan lah rasa pelik atau sedih, derang tengah bergembira dan berseronok dgn perasaan derang sekarang tu hehe.

Okay setakat ini sahaja dari papa PUSS untuk entri kali ini.


Monday, 16 January 2012

Cuti DiHari Gaji LOL



Selamat Pagi semua. Selamat bekerja pada yang bekerja, selamat menyambung cuti pada yg bercuti macam Papa. Entri kali ni ringkas sahaja, saja nak mengucapkan hello kepada semua. Hari ini walaupun bercuti tapi busy dgn kerja lain. Pagi ni nak cantikkan arnab-arnab Papa yang dah ada pembeli. Tengahari ni dia nak datang ambil. 

Selepas tu, Papa nak pergi kedai petshop pula. Nak beli barang-barang kitten yang baru. Sebab malam ni nak pergi amik kitten female persian kat KL. Selepas ni PUSS Raff Papa dah xkesunyian dan keseeorangan lagi dah. Sudah ada gf tu. Harapan Papa moga PUSS ni dah xnoty dan back to habit as a cat not rabbit anymore. Hopefully lah. Doakan bersama ea.

Ok ye korang, jangan lupa sarapan kalau belum sarapan. Jangan lupa bagi sarapan pada arnab korang tu. Adios amigos, jumpa lagi nanti. Papa minta maaf xsempat arini nak BW pada blogger yang terhebat. Kalau sudi tinggalkan link pada komen utk Papa terjah bila free.

p/s : contest header bakal bermula pada 18hb Januari 2012 sempena Besday PUSS Raff.

Friday, 13 January 2012

Tips Mengenali Jantina Arnab

assalamualaikum..

Hello semua, mcmana dengan Si Comel? Sehat ke? Merajuk ke? Stress ke? Jgn semua itu ada pada arnab ANDA kecuali sihat wallafiat. Amin.. Lama Papa tak kongsikan tips dgn semua. Kali ni Papa nak berkongsi tentang bagaimana kita hendak mengenali arnab jantan dan betina diusia 2-3 bulan. Mari kita lihat kebawah dan kenali arnab ANDA jantan @ betina.

MALE


OKAY!! Ini gender utk male, kalau dah renung dengan baik punya. Sila lah pastikan dengan memeriksa arnab anda pula. #selalunya kita akan beli arnab suruh penjual tu tengokkan sendiri.

FEMALE


Ini untuk gender Female pula. Berbeza dengan jantan kan, so takdelah kekeliruan dalam pemahaman tentang gender arnab ni. Kalau ada arnab jantan dan betina dalam populasi tu #Untunglah..

TIPS ini untuk pengetahuan pada orang yang baru nak mengenali serta pada tuan-tuan yang nanti bakal ada baby bunny yang dilahirkan. Gambar sumbangan dari OUR

SEMOGA BERJAYA!!

Arnab Sebagai Sumber Makanan & Pakaian


assalamualaikum..

Selain menjadi haiwan peliharaan, arnab juga diternak untuk daging sebagai makanan manusia, terutamanya di Eropah, Amerika Utara dan Selatan, dan Timur Tengah. Daging arnab masih dijual dalam pasar dan kedai daging di United Kingdom, tetapi bukan dalam pasar raya, sebaliknya lebih tertumpu di pasar tani dan juga Borough Market yang terkenal di London, di mana bangkai arnab diperagakan di khalayak umum secara tergantung bersama burung kuang dan haiwan buruan yang lain. Daging arnab pernah dijual secara besar-besaran di Sydney, Australia, tetapi kini sudah berkurangan ekoran penyakit miksomatosis yang diperkenalkan di negara itu untuk cuba menghapuskan populasi arnab buas.

Daging arnab diperoleh dengan memburu atau menternak. Jerat dan senjata berapi digunakan untuk menangkap arnab liar untuk dimakan. Di merata tempat, arnab juga diternak untuk dagingnya, kemudian disembelih dengan menghentak belakang kepalanya. Daging arnab merupakan sumber protein yang bermutu tinggi, dan boleh digunakan dalam sebanyak cara yang boleh seperti daging ayam. Sebenarnya, seorang tukang masak terkenal, Mark Bittman berkata bahawa daging arnab ternak sama rasanya dengan ayam kerana kedua-dua dagingnya ibarat palet kosong yang boleh dilapisi dengan mana-mana perisa yang disukai. Daging arnab lebih pejal daripada daging lembu, babi dan ayam.

Penggunaan arnab sebagai sumber makanan berdaging dibelenggui beberapa masalah, antaranya termasuk: tularemia (“demam arnab”), dan juga “kebuluran arnab” yang mungkin sekali disebabkan oleh kekurangan asid lemak penting dalam daging arnab. Arnab juga menjadi makanan kegemaran ular sawa besar, seperti ular sawa Burma dan ular sawa rendam, baik di alam liar mahupun dalam kurungan.

Pemakanan arnab adalah terlarang dalam agama Yahudi kerana meskipun mengunyah mamahannya, namun kukunya tidak berbelah, seperti yang ditetapkan oleh kitab Imamat dan kitab Ulangan dalam Alkitab Ibrani.
Bulu arnab adakalanya digunakan untuk membuat pakaian dan perhiasan diri, seperti skaf dan topi. Arnab Angora diternak untuk bulunya yang panjang dan halus dan boleh dicukur seperti bulu biri-biri. Arnab juga bagus untuk menghasilkan tahi dan kencing yang penuh dengan nitrogen, untuk meningkatkan daya pengeluaran pokok lemon. Susu arnab juga memberikan faedah perubatan dan khasiat kerana kekayaan kandungan proteinnya.

SUMBER : Wikipedia

Monday, 2 January 2012

Arnab Tahun Baru

assalamualaikum

Hehe jangan salah faham, bukan arnab Papa ni sambut tahun baru 2012 ye. Tetapi semalam pelanggan baru beli 3 pasang arnab untuk dibuat hadiah kepada orang. Itu yang sebenarnya, jangan marah ye hehe. Tetapi memang la ada untung ada ruginya.

Kes semalam, abg ni nak 3 pasang arnab. Jadi Papa pun dah sediakan arnab yang dia mahukan. Tapi sayang, Papa xde rezeki utk menjualkan ke 3pasang tersebut. Salah seekor jantan mati mungkin kerana stress pada cuaca semalam yang agak panas. Jadi Papa kena redha dan bersyukur.

Ini pelanggan Awal Tahun 2012 Papa

Takut la Papa...


"nyomelnyee.."


Hehe dia syukee kite... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...