Followers

Showing posts with label Pengenalan. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

Kenali Apa Itu GP?!

                                                                                                                 ~ STICKY POST ~                                                                                                                                                                                                                                                ~STICKY POST~
  • Apa itu GP?
  • Apa itu Apezs GP?
  • Apa itu Guinea Pigs?
  • Bukan ke GP tu Grooming Package?

     Pelbagai soalan yang selalu diajukan kepada Papa PUSS tentang GP. Kerana setiap kali dapat panggilan, semua pelanggan ini mahukan Grooming Package for Cat. Untuk makluman semua, Papa PUSS hanya menyediakan khidmat untuk GP iaitu Guinea Pig. GP itu bukan lah Grooming Package tetapi singkatan kepada Guinea Pig/Arkus/Marmut, lebih mudah dikenali dikalangan orang melayu Tikus Belanda. Papa tidak suka menggunakan perkataan Tikus Belanda kerana 'tikus' itu tidak menggambarkan sikit pon berkaitan latar belakang GP ini. Oleh itu Papa akan terangkan dengan lebih jelas apakah itu AGBG dan apakah yang AGBG sediakan.

    AGBG a.k.a Apezs GP Boarding & Grooming menyediakan khidmat Boarding serta Grooming KHAS utk Guinea Pig/Arkus sahaja buat masa ini. Ini kerana Papa tidak mempunyai alatan khas untuk grooming Cat. Papa hanya mempunyai alatan untuk Marmut sahaja, jadinya Papa tidak mahu mengambil risiko untuk Grooming Cat takut nanti ada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang Papa sediakan. Jangan berkecil hati kepada pelanggan yang Papa menolak secara bebaik hehe. 

    Apezs GP pula memberikan makna bahawa Apezs itu Papa sendiri dan GP itu Guinea Pig. Oleh itu Papa menggabungkan Apezs GP yang menggambarkan Papa hanya specialist for GP sahaja (buat masa ini). Jadi sebarang pertanyaan berkaitan GP in shaa Allah Papa mampu untuk menjawabnya. Jika anda menyatakan kenapa nama GP Guinea Pig itu buruk sgt, Papa tidak boleh nak buat apa². Ini kerana nama ini telah dinyatakan dari abad kurun dahulu lagi, yang diberi oleh pihak saintis. Ia tidak HARAM untuk dipenggang bahkan utk di bela ye kengkawan, 'pig' itu diberi kerana bunyi nya kkdg seakan bunyi 'khinzir' yg sebenar. Tapi takdelah kuat & selalu mcmtu, dia bunyi nyaring je. Jika anda ingin melihat rupa GP itu sendiri boleh la tengok diruangan INI ..



Friday, 21 June 2013

Promosi JUNE Kini Kembali! Grab it



HURRRYYYYYYYYY!!!!

Jangan melepaskan peluang yang terhebat kali ini. Papa sentiasa menantikan anak anak bulus anda. Hubungi Papa segera seperti yang tertera diposter.





Thursday, 20 June 2013

Asas Menjaga Guinea Pigs

 
 
Uikkk Uikkk Uikkk!!..
Setiap kali mendengar bunyi ini, Papa pasti happy. Bunyi ini walaupun sgt bising tapi Papa suka kerana itu menandakan mereka happy. Bagaimana pula dengan GP anda? Berbunyi seperti ini? Tidak berbunyi kerana ape? Tidak dimandikan lagi? Tidak selesa ditinggalkan sendirian? Hah ini lah masanya untuk melihat kegiraan mereka kembali. Jangan hanya melihat dan menunggu, SEGERA hubungi Papa. Ingin melihat pakej yg Papa ada, boleh klik SINI. Papa akan memberikan Consultation as a FREE. Cuma kali ini Papa nak memberikan tips ataupun Asas² yang perlu ada untuk memelihara Guinea Pig/Arkus :-














<3.  Ini adalah salah satunya cage yang boleh digunakan untuk memelihara GP/Arkus anda. Jika menggunakan sangkar yang lain contohnya sangkar kucing yang 2ft. Anda disarankan melapik permukaan jaring dibahagian kawasan GP anda memijak. Melapik dengan tuala @ floor matt yang tidak terlalu jarang lubangnya.

Kedua-dua gambar ini, Papa merujuk dalam google. Sangkar ini dipanggil C&C (Coroplast & Cube). Jika anda memelihara hanya untuk pets, bagus menggunakan sangkar ini. Dan hanya pelihara 2/3 ekor mmg sesuai, jika lebih dari itu anda perlu memikirkanya untuk keselesaan mereka nanti.


<3.  Ini adalah perkara yang sangat penting. Pallet atau makanan asas yang perlu disajikan kepada mereka setiap hari. Makanan pallet boleh didapati di Petshop-Petshop seluruh Malaysia. Cuma setiap brand pallet sukar nak didapati diseluruh Malaysia. Banyak lagi brands pallet yang boleh diberikan kepada GP seperti Genesis, FFM Goat, Cargil, Hariston, Craft etc. Carilah mengikut kemampuan dan keselesaan mereka. 


<3.  Alfalfa Hay adalah rumput kering yang telah diproses melalui mesin khas. Hay ini diperlukan  oleh GP anda untuk memberikan more protein. Di Malaysia pelbagai paket sedia ada terjual, pelbagai brand juga boleh dipilih. Jenis jual timbang pon ada, ramai pengusaha kecil-kecilan menjual secara pukal melalui pos mahupun penghantaran.

<3.  Dan ini adalah Timothy Hay. Tetap diperlukan oleh GP, ini kerana GP suka mengunyah bila dia merasakan bosan, ase senang etc. Jadi kalau meletakan pallet yang banyak, kekadang boleh membosankan mereka. Timothy boleh mencegah mereka dari barbering bulu sendiri dan mengasah gigi. Timothy ini tidak mempunyai khasiat yang tinggi seperti Alfalfa tetapi untuk mencegah bulu mereka dari digigit. Kang ada pula yang stress, katanya xsempat nak membawa ke saloon hehe. Pon tetap boleh bawa jumpa Papa kalau derang barbering, trim kasi cantik semula (bukan BOTAK kan). Ok berbalik pada Timothy, Papa sarankan letakkan hay ini UNLIMITED! Hasilnya anda pasti suka :)

<3. Hah siapa kenal ini pokok ape?!
Apa? Pokok tebu? jagung? Haip-haip... Bukan laa syg, ini bukan pokok yang dikatakan itu. Ini adalah pokok Napier. Napier ini mempunyai pelbagai jenis seperti Taiwan, India, US. Kata orang penternak, napier India & Taiwan sangat bagus diberikan kepada GP. Papa ni tak mudah nak dapatkan daun ini jadinya digantikan la dengan sayur². Daun Napier ni boleh diberikan setiap hari, pasti gemuk-gemuk anak-anak anda.

<3. Sayuran yang tertentu sangat-sangat digalakan diberi kepada GP setiap hari 2x. Carilah sayuran yang bersesuaian utk mereka. Yang Papa sarankan jika pening untuk memilih sayur yang sesuai seperti Salad hijau/merah, Capsicum hijau/merah/kuning, lobak, timun cina, jagung, batang saderi. Buah pon boleh diberi seperti apple merah. Sayur-sayuran ada yang boleh diberikan harian ada yang boleh diberikan ikut sekala. Jadilah seorang pemilih yang bijak bagi keselamatan mereka.

Setakat ini sahaja Papa kongsikan asas-asas berkaitan dengan GP/Arkus. Jika tiada masa untuk manjaga ketika bercuti, HUBUNGI segera Papa PUSS. Papa sedia memberikan khidmat boarding kepada anda. Hubungi seminggu lebih awal, tempat adalah TERHAD.

* Gambar-gambar didalam entri kali ini, sumber dari google.com.
** Jangan lupa LIKE FanPage Papa : Apezs GP Boarding & Grooming




Wednesday, 19 June 2013

Pakej A.G.B.G Kembali

Assalamualaikum

Anak bulus(GP) comot? Belom dimandikan lagi? Tiada masa utk semua itu? Papa ada jalan penyelesaian. Murah, Jimat & Pasti berpuas hati. Papa menyediakan perkhidmatan yang murah utk anak anak bulus(GP) anda semua. Jangan biarkan mereka tidak selesa dengan bulu, badan & haruman yang tidak menyenangkan. Pakej yang Papa berikan sangat-sangat terbaik. Oleh itu jika berminat, jangan tunggu lebih lama. Hubungi Papa ditalian 010-4344396 (Call/Whatsapp). Register you appoiment early!! 

Untuk perkhidmatan boarding, Papa menyediakan perkhidmatan ini dengan sebaik mungkin. Bilik yang mempunyai pengudaraan yang selesa, kipas 24/7 agar anak bulus(GP) tidak akan merasa tertekan. Untuk perkhidmatan ini, Papa menyarankan agar booked dengan lebih awal (1 atau 2 minggu lebih awal) ini kerana tempat adalah sangat-sangat terhad. Mahukan lebih nilai pembayaran anda? Papa memberikan perkhidmatan grooming percuma seandainya boarding yang dibuat melebihi seminggu. Apa tunggu lagi, CEPAT hubungi Papa, jika segan utk call Papa. Boleh whatsapp, email @ PM me d FanePage Apezs GP Boarding & Grooming.



Anything U want to ask, just do call me. Thank You (",)


  

Thursday, 18 April 2013

BLOGGER BERTUAH PAPA WITH GUINEA PIG

 
Hello everyone. Papa back to write something. Missing so much but love to know who miss me LOL!!
 
Back to topic dear! Occay lah Papa nak cakap pasal my koleksi Papa lagi iaitu Guinea Pig(GP)/Arkus/Marmut. Papa ada post tentang ini, then ada pembaca blog Papa komen berkaitan GP. Papa teruja kerana masih ada yang belum mengenali apa itu GP(Papa shotkan k). Teruja bukan memerli ok tetapi teruja kerana Pets GP bakal dikenali orang ramai selepas ini. Pembaca blog Papa yg bertuah ialah Celoteh MJ. Siapa xkenal dengan this cute bloggers. Header yg simple but lovely, Theme yg simple but easy to load and sedap mata memandang. Pink kareee uolz!! Sedikit faveret Papa that color hehe. Sesiapa yang masih belum menjadi follower nya sila lah BW ke Pink Island :)
 
Celoteh MJ atau pon dikenali sebagai MJ, menyatakan ia nya pertama kali mendengar tentang Guinea Pig. Eh eh memang tidak dinafikan, GP tidak dikenali ramai dikalangan orang Malaysia terutamanya. Ini kerana haiwan perliharaan ini tidak lah se commersial seperti kucing, burung, haiwan exotic yang lain. GP ini adalah salah satu haiwan peliharaan di luar negara contohnya USA, Denmark, Thailand, Indonesia. Haiwan ini dahulu kalanya sebagai sumber makanan protein kerana ia menghasilkan protein yang tinggi. Setelah lama GP ini membiak, ada yang mengambil ia sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja, peramah dgn manusia etc. Disebabkan oleh itu semakin hari semakin ramai yang memelihara haiwan ini sebagai Pets Home. Dari satu baka wujudnya ke baka yang lain ini kerana kajian terhadap GP ini dilakukan bagi mewujudkan baka baka yang lebih menawan(Gojesz).
 
Wujudnya 3 baka sahaja kini dah mencecah ke 2+ baka yang dihasilkan dari pembiakan mutasi mahu pon natural antara gen-gen yang berbeza. Terhasilnya baka baka yang berbeza dan bertambah menawan, terhasil lah juga peminat-peminat setia GP dari pelbagai golongan mahupun Negara. Termasuk lah Papa ni yang dah terlampau terjebak dengan pemeliharaan GP. Dari sepasang menjadi berbelas-belas pasang haha. Sebenarnya ia nya bergantung kepada orang itu sendiri atas minatnya. Jangan membela kerana cantik tetapi memeliharalah atas dasar ia nya satu minat yang secara semulajadi. Bila memelihara dalam mood sebab dia cute nya dia comel nya dia cantek nya, kang ada yang dah xjaga jadi buwuk dan malas la membela terabailah pet tadi. Kan dah menzalimi namanya, dosa tau!
 
*****
 
Lunkarya Peruvian
Contoh diatas adalah satu baka yang 'Rare'. Baka ini adalah sangat² diminati dan mahal. Bulunya sangat tebal dan dia digelar sebagai 'bad hair day'. Lunkarya mempunyai 3 variasi yang berbeza. Seperti gambar contoh itu dari variasi Lunkarya Peruvian, ia masih ada 2 variasi iaitu Lunkarya Silky/Sheltie dan Lunkarya Coronet. Tetapi bagi Papa Lunkarya Peruvian adalah yang terbaik dari yang lain. Papa adalah peminat fanatic Peruvian Breed dan Papa sangat minat dengan soft color like white tricolor white silver white lilac white etc. Selain dari Lunkarya Peruvian, Alpaca adalah dari genetik Peruvian juga tetapi ianya curly/kerinting. Sudah tentunya sangat² laaaaa GORJES!! Baka yang Papa minat adalah Peruvian, Sheba, Abbyruvian, Alpaca, Lunkarya. Kesemua baka tu Papa dah ada kecuali Lunkarya but its soon bakal sampai(Moga semuanya selamat dan lancar).
 
Sekian itu sahaja buat masa ini Papa coretkan. Kepada MJ semoga penerangan sedikit yang dari newbies macam papa ni dapat diterima dan difahami. Semoga GP dapat diketengahkan lagi dan semua akan mengenalinya dengan baik. Important is this pets GP is not Rat or Hamster, their are Guinea Pig no cross mutation from rat or hamster. Mereka mempunyai populasi sendiri dalam kewujudanya dari abad dahulu.
 
 
 
 
 

Monday, 15 April 2013

CONTEST GUINEA PIG AT MORIB SELANGOR


TERRA Ben
Uikk uikk uikk.. Seronok bebenor Ben semalam(14/04/2013) dapat melepak atas padang yang luas sebelum join Contest Guinea Pig bil.2 2013. Mentang-mentang la Papa ni xpernah bawa dia main taman. Sekali dapat main, xingat Papa dah haha. Ketinggalan ke belakang sudah, dia ngat papa ni xnampak. Dalam dok suka ria, ada juga rasa penat dia. Sekali dah penat derrrr, terkujur dia tido atas lantai padang rumput tu haha. Sekali pantai Morib dah makin panas dikala hujung petang. Papa terpaksa laa angkat masuk dalam carrier(home) dia. Almost nak kena 'heatstrok', kawan tlg belikan ais letak sebelah dia.

Sambil menunggu bermulanya contest, Ben tido dulu dalam carrier dia. Papa nie ape lagi cuci mata la tengok² Guinea Pig/Marmut/Arkus orang lain. Sangat² jeles ada yang cantek, gemok, gebus, baik, pemalu etc. Kalau korang nak tahu, GP nie pon boleh menjadikan mereka as peneman hidup kita seharian mcm cat. Tapi kena lah selalu bermain dgn dia nak kasi jinak yeee. Papa ni selepas bela rabbit, bela cat pulak selepas tu bertambah pets lain. Macam burung, hamster and Guinea Pig.

So kena lah rajin kalau nak anak anak korang baik yeee LOL!! Rabbit Papa dah  tak bela, yang ada hamster cat burung and Guinea Pig je. So sayang nak delete blog ni, jadi Papa ngat nak guna kan ia sebagai tmpt utk melebarkan cerita² Papa tentang anak anak Papa yg ada ni. Boleh ke korang?! Harap diterima pakai la kann :)

******

Berbalik semula dengan kisah Contest Guinea Pig. Jam dah nak hampir ke 6petang, organizer nya belom tiba lagi. Dia ada kes kecemasan, jadi sesambil tu wat gathering xrasmi la dkt situ dlu ahakz. Dah mula rasa bosan time itu muncul la Organizer yg dinanti²kan. Kemudian bermula lah pertandingan yg telah dirancang. Ben pon apa lagi, Papa angkat groom sehabis baik. 

Papa melangkah ke hadapan selepas peserta no.2 berakhir dgn gilirannya. Ben siap sedia utk beraksi. Juri² pon belek(meneliti) Ben dari bulu, bontot, kuku, gigi etc. Gigi Ben ada masalah senget mean xsekata sedikit saje(berkira nau Juri tu). Kuku katanya panjang, walhal mmg dah potong. Juri tu jeles lerr tu dgn ben wakakaka.

Selesai sahaja giliran Ben dan semua peserta. Juri membuat undian yang mana terbaik dan kebabom haha. Alhamdulillah selepas anak jantan Papa yang pertama dulu join dapat no 1, Ben anak jantan Papa yg kedua mendapat tempat yang ke-2. Syukur alhamdulillah Ben berjaya membuktikan kegigihan mu haha. Takpe Papa akan berusaha lagi utk membuatkan Ben maju lagi ke hadapan. Chaiyokk³!!




Monday, 5 November 2012

My Princess TERRA Bianca si Guinea Pig

Selepas berjinak dengan Rabbit, Papa berjinak dengan Persian and DLH Persian Cat. Kemudia Papa minat Hamster Winter and Syrian and NOW Papa tambahkan lagi new hobby. Bela Guinea Pig pula, mereka nie sgt comel lorrgh. Papa xboleh tahan tengok!! Meih papa perkenalkan anak emas Papa antara anak guinea pig Papa yg lain.
My Princess TERRA Bianca

Tengah preggy(mengandung) sekarang ni, bapak anak tu xsure sbb dimatingkan dengan 2 breed. Merino and Peruvian. Okay Papa kenalkan sikit tentang Bianca nie ye. Female berusia 9 bulan lebih, penah menjadi ibu kepada seekor anak yg comel. Anaknya dah dibeli org yg telah dinamakan Melda. Dekat picture Bianca ni bulunya nampak pendek kan? Itu disebabkan barbering yg bermaksud bulunya terputus atas gegetan GP yg lain atas faktor stress, mengawan, habit & kelaparan.

Bianca pon pernah berbulu panjang, sekarang dalam proses pemulihan bulu. Dalam sebulan lagi dia akan jd sperti sediakala. Bulu Peruvian yg dijaga, boleh mencecah lantai. Bianca sangat manja, periang, kuat makan(maybe sbb faktor preggy). Yang paling Papa xboleh blah, dia suka duduk celah kangkang Papa bila diusap. Papa jadi malu bila dia buat mcmtu LOL. Mempunyai tricolor, ini adakah color yang sangat Papa minat. Papa xboleh tengok pet yg ada warna putih mahupon albino(seluruh putih).

So sekarang ni papa hanya menunggu Bianca membesar dgn baik dan menjaga kandunganya dgn baik. Faveret Bianca adalah Capsicum and Capsicum ini mmg sgt sesuai untuk mencantikan bulu serta menggemokkan mereka.


Ini adalah contoh Peruvian yang tidak barbering. Bulu dijaga baik.

Thursday, 18 October 2012

Mengenali Jantina Hamster

Hah? Kamu tak tahu mana male(jantan) and yang mana female(betina)? Occay mari Papa kongsikan ilmu tentang bagaimana mengenali jantina baby comel awak tu. 

Ciri Jantan : hamster jantan adalah letak titik yang berjauhan. Hamster jantan sgt senang dikenali dari telur nya yang besar.

Ciri Betina : hamster betina adalah letak titik yang berdekatan. Size dia lebih kecil dari jantan.

Barang Keperluan Asas Hamster


Entri kali ini sesuai untuk newbies yang baru nak berjinak dengan haiwan comel dan kecil ini. Walhal Papa pon baru je berjinak dengan haiwan kecil dan comel ni. Sebelum bershopping keperluan mereka, kamu kena pastikan jenis hamster mana yang hendak dipelihara. Kerana size mereka akan berbeza-beza. Contoh yang Papa boleh bagi seperti Hamster Syrian, ianya spesis yang agak besar. So jangan beli sangkar yg kecil, mungkin kena beli yang agak besar dari size biasa.


1) Sangkar/Cage

Mestilah bersesuaian dengan jumlah hamster yang anda ingin bela. Harga sangkar adalah berbeza mengikut saiznya. Anda boleh dapatkan sangkar hamster di pet store berdekatan dengan anda. Sangkar yang lebih kecil sesuai untuk jumlah hamster yang sedikit manakala sangkar yang besar sesuai untuk jumlah hamster yang lebih banyak. Elakkan membeli sangkar yang mempunyai laci pada bahagian bawahnya kerana apabila hamster membuang air kecil, ia mungkin akan keluar melalui laci tersebut(#Tapi Papa pakai yg berlaci, okay je xde masalah hehe).Elakkan membela hamster anda didalam akuarium kerana pengudaraanya yang tidak baik dan menyebabkan bau busuk berlaku dgn cepat. Sangkar selalunya akan disertakan sekali roda mainan, bekas air & bekas makanan.

2) Bedding

Untuk bedding pula, selok-eloknya pilihlah bedding yang lembut dan anti-bacteria. Bedding boleh didapatkan dalam pelbagai jenama. Untuk anda yang selalu sibuk adalah baik untuk anda membeli bedding yang mempunyai haruman, ini kerana ia mampu untuk bertahan lebih lama dari berbau busuk. Tukar bedding hamster anda 2 kali seminggu atau sekiranya perlu. Pelbagai haruman boleh didapati mana-mana brand bedding seperti apple, lemon, strawbery. Papa suka apple :)

3) Permainan @ Peralatan Tambahan

Hamster adalah haiwan kecil yang selalu gembira. Jadi anda perlulah menyediakan sebuah taman mini untuk hamster anda sebagai tempat permaina buatnya. Antara perlatan permainan yang selalu digunakan adalah roda berpusing, terowong kecil dan tempat bersembunyi (penting bagi ibu hamster yang telah melahirkan anak). Ini semua adalah mengikut kemampuan awak-awak yea. Perlahan-lahan kita kayuh bagi mereka HAPPY!!


Itulah serba sedikit yang boleh Papa kongsikan. Kos yang Papa syorkan pada korang sediakanlah dalam RM100.00. Gambar yg diatas Papa belanjakan dalam RM74 sahaja :)



Sunday, 15 January 2012

Makluman Kepada Penduduk Putrajaya


assalamualaikum..

Merujuk kepada tajuk diatas, Papa nak kongsikan kepada blogger yang tinggal di kawasan Putrajaya seperti Papa LOL. Sekarang ini sudah ada penambahan penduduk, jadinya penambahan klinik juga telah dikemaskinikan. Ini klinik yang telah beroperasi setelah siap sepenuhnya. Untuk maklumat penduduk Putrajaya Presint 18 nanti juga bakal ada klinik Hoyeii depan rumah Papa je. Klinik ini sudah beroperasi pada bulan Disember 2011.


Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 14
Lot Bilik Bacaan, Blok E
Apartment Sub 14-7
Kuarters Kakitangan Kerajaan
Presint 14
62000 Putrajaya.
(Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Thursday, 12 January 2012

Tahniah Follower Yang Gebu

HORRAYYY!!
Korang mesti xpercayakan? Itulah satu keajaiban BLOGGER. Tidak sampai 1/2 jam entri Papa yang INI. Follower yang Papa hajati telah pun muncul. Follower yang ke-100 ini telah berjaya menembusi pasaran Apezs Shop Online. Papa nak nanges @ happy? Celaru dah rasa, ada juga blogger yang sudi datang ke blog Papa. Jadi dengan ini Papa nak tunaikan janji yang Papa dah buat. Mari kita review blog si gebu ini.


REVIEW :

TOTALLY MY STORY satu nama blog yang unik kerana ape? kerana dia punya pasal la #Gurau je. Walaupun Papa tidak berapa kenali owner blog ini. Papa menilai dari segi kekecohan blog dia ye kawan².. Dari sudut mata halusinasi Papa ni, blog dia sgt simple. Maybe owner dia pon simple tapi pembersih dan kemas.

Yang Papa xboleh terima, dia ada SG. SG tu bermaksud Sugar Glider @ dikenali sebagai Tupai Terbang. Bukan Kluang Man ye abg², kakak², adik² salah tu. SG ni salah satu pet feveret Papa la. Tu yang jeles bila tengok dia ada SG. Nak tahu lebih lanjut pergi ke blog dia cepat. Ada hot NEWS juga tau, jom tengok copy paste sedikit blog Cik Aini.

Eh entri cik gebu tu bukan utk Papa la. G tengok xcaye, mandai je korang ni.. #Blushing.
Owh mcmane nak pergi ke blog Cik Aini ye. Klik sini Cik Gebu

Thursday, 22 December 2011

Papa With PUSS Raff


p/s : hoyyei.. FINALLY Papa dah dapat PUSS Raff back.. 2 month Papa tunggu PUSS, akhirnya semalam dia dalam dakapan Papa.. Tapi diawalan lagi, PUSS masih berasa takut sebab ditempat baru. Hopefully PUSS akan selesa dengan Papa. Papa sayang PUSS.. muaahss..

Wednesday, 21 December 2011

Monday, 19 December 2011

CONTEST BLOG PALING KEMAS BY TASYA

Kali ni Papa PUSS nak lari sedikit dari profesion blog ni. Nak memeriahkan lagi blog-blog kawan yang lain. Walaupun Papa ni xdelah hebat @ blog ni xdelah bagus mana. Cuma nak join harap entri dan penyertaan ini diterima pakai oleh semua.


Syarat-syarat penyertaan :
  1. TERBUKA KEPADA LELAKI DAN PEREMPUAN
  2. WAJIB ADA BLOG SUPAYA MUDAH UNTUK JURI MEMBERI MARKAH
  3. WAJIB FOLLOW BLOG TASYA UNTUK TAHU PERKEMBANGAN TERKINI
  4. UNTUK LEBIH MUDAH, AWAK BOLEH 'ADD' TASYA DI FACEBOOK <TASYA>
  5. BUAT SATU ENTRY YANG BERTAJUK 'CONTEST BLOG PALING KEMAS BY TASYA'
  6. JANGAN LUPA LETAK BANNER SEKALI.
  7. TAG 2 ORANG 'n' MAKE SURE DIORANG TAHU


Penyertaan Papa PUSS :


Ini adalah penyertaan yang kedua bagi blog Apezs Shop Online. Jadi Papa PUSS pon tak tahu sangat ape yang nak dikatakan, sebab dalam syaratnya tidak memerlukan berucapan. Cuma Tasya kata, buat aje ayat yang best². Kasi bodek sama mereka. Juri dia ramai betul, seram Papa PUSS nak menyertai contest ni. Harapan nak menang semua orang ada TETAPI markah terletak ditangan juri, jadi Papa berserah aje. Yang penting Papa ikhlas nak join ini contest. Salam kenal juga TASYA.


Papa PUSS tag kamu berdua, jawab tau :
Cik Diana
Pengemis Cute
Hawiz Malaya

Jika ada sesiapa kurang jelas dengan syarat @ sebaliknya, boleh klik LINK ini --> CONTEST 

Jom Follow Dia




Salam
Walaupun saya baru juga didalam dunia blog Apezs Shop Online ni, sebenarnya saya ada dlm blog yang lain. Tetapi saya hanya mampu memberikan perhatian kepada blog yang baru ini, blog yg sebelum ini telah di hack. Tapi entri kali ini bukan berkaitan tentang diri saya. Walaupun entri kali ini lari dari formulasi blog saya. Saya hanya ingin memeriahkan blog kawan² yang lain.

Blog ini kan awesome, sepertinya kita boleh mengenali orang lain dengan cara memeriahkan lagi blog² mereka. Sambil BW tadi saya melihat satu blog yang telah follow En Ben, dalam satu klik terus ke blog tersebut. Entrinya tak pernah putus, sehari boleh masuk dalam 2-4. Nak tahu pulak tentang follower ke? Kalau nak tahu pergi la klik ke blog dia. Jangan pula terperanjat ea, dgn camtu pun ramai juga yang dtg stalker blog dia.

Nah klik la --> Ombin Suka Jalan



Friday, 25 November 2011

| SALAM PERNIAGAAN |

Salam pengenalan kepada semua rakan kunjungan. Blog ini telah diadakan utk memberikan/berkongsi/berfestitasi dengan semua dalam berkaitan dunia haiwan peliharaan. Seperti sedia tahu blog ini ingin mengetengahkan haiwan peliharaan yg aksotik seperti arnab.


Blog ini juga adalah lebih diketengahkan berkaitan dengan perniagaan kecil-kecilan saya berkaitan dengan arnab. Jika ada yang berminat nak membela atau sebaliknya boleh sahaja menghubugi saya. Dengan seikhlas hati saya akan berkongsi dan bersama-sama dengan anda semua. Perniagaan ini masih baru jadi memohon juga kerjasama dan prihatin anda semua. 


Jika ada kemusykilan boleh sahaja hubungi saya melalui email mahupun follow the fanpage saya. Email : bunnypet69@gmail.com and fanpage : apezs petshop online.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...