Followers

Showing posts with label Ibu Arnab. Show all posts
Showing posts with label Ibu Arnab. Show all posts

Friday, 6 January 2012

Soalan #2



Alamak!! Mana Male & Female ni?!

Soalan #2
Saya nak bertanya. Jika ibu arnab dah melahirkan anak. Dalam berapa tempoh arnab betina boleh di 'mating' kan semula? Jika selepas di'mating'kan, ibu arnab ini boleh diletakkan semula ke sangkar anaknya semula?

Jawapan Papa:
Ibu arnab yang baru melahirkan anak, boleh dimatingkan semula selepas bercerai susu @ 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Rujuk sini - SEX. Berkaitan dengan selepas dimatingkan si ibu kemudian dimasukkan semula ke dalam sangkar anak itu. Papa mengsyorkan supaya, ibu arnab yang telah dimatingkan semula tidak seharusnya dimasukan @ dalam satu sangkar dgn anak itu tadi. 


Ini kerana, ibu arnab mungkin boleh bertindak agresif terhadap anaknya. Kesesuaian bersama tidak ada selepas dimatingkan. Ini juga kerana ia diibaratkan seperti ibu arnab tersebut telah melepaskan anak-anaknya berdikari dengan sendiri. Ibu tersebut telah mengfokuskan penjagaan diri selepas bercerai susu.

Tuesday, 20 December 2011

Usia Arnab Mengawan


Papa nak berkongsi dengan pemilik-pemilik @ pecinta Si Comel Arnab ini dengan satu info untuk ketahui, bila waktunya arnab ANDA sampai tahap untuk mengawan. Kekadang kita terlalu seronok sehingga alpa yang sepasang si comel kita dah meningkat usia. Sepasang arnab yang kita pelihara/bela perlu dipisahkan jika usianya telah mencapai tahapnya. Jadi mari kita scroll dan pelajari tentang usia arnab mengawan dan penjagaan seekor ibu arnab.




USIA ARNAB

Selalunya umur matang seekor arnab tergantung kepada baka. Ada yang mencapai tahap matang seawal umur/usia 4-5bulan dan ada pula yang terlalu lambat sehingga memakan masa 9-12bulan. Pada lazimnya, kebanyakan arnab baka-baka pet yang bersaiz kecil seperti Angora, LionHead, Lop Ear, Dutch dan lain-lain mencapai tahap matang diantara umur 4-6bulan, bergantung kepada baka arnab tersebut. 

Manakala tahap kematangan untuk arnab dari baka-baka besar pula adalah yang paling lambat didalam senarai kematangan arnab (bukan bermakna baka besar akan bersikap kebudak-budakan walaupon badan dah besar). Sesetengah baka besar boleh mencecah setahun(12 bulan) untuk mencapai tahap kematangannya. Oleh sebab itu, baka-baka besar tidak disenaraikan didalam barisan baka-baka untuk dijadikan pedaging(istilah mudahnya - baka pedaging). Eloklah dipisahkan arnab-arnab itu ketika ini, ini kerana tidak mahu timbul kepayahan dimana berlakunya kejadian beranak tidak dirancang(melahirkan tanpa perancangan). Arnab akan mula mengawan apabila mencapai tahap matang. -> ArnabKiut



PENJAGAAN IBU ARNAB

Kebiasannya ibu arnab akan melahirkan anak pada waktu malam ataupun awal pagi. Kita akan mengetahuinya apabila kita melihat ibu arnab ini resah, kurang selera makan, letih dan akan mencabut bulu. Kebiasaannya ibu akan memakan uri setiap anaknya. Ingat, kita harus memberikan makanan dan air yang cukup. Ini bagi mengelakkan ibu arnab memakan anaknya sendiri. 

Sekiranya kita lepaskan ibu arnab di tanah, ia akan mengorek tanah untuk membuat sarang bagi ia beranak. Ibu arnab akan menutup lubang pada waktu siang, tetapi akan masuk untuk menyusukan anak pada waktu malam. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diinginkan. 

Ibu arnab tidak boleh terkejut ketika melahirkan anak, sekiranya ia terkejut, berkemungkinan ia akan mencederakan anak yang dilahirkannya. Kita juga tidak digalakkan memegang anak arnab ini. Ini adalah kerana untuk mengelakkan ibu arnab daripada tidak mengenali anaknya. Sekiranya perkara ini berlaku, ibu arnab tidak akan menyusukan anaknya. Jika begitu, kitalah yang perlu membantu menyusukan anaknya secara manual.

Jadi pada pemilik² yang hampir mengalami keadaan seperti ini. Seharusnya bersiap sedialah dengan segala apa yang perlu. Semoga ANDA berjaya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...