Followers

Thursday 18 October 2012

Mengenali Jantina Hamster

Hah? Kamu tak tahu mana male(jantan) and yang mana female(betina)? Occay mari Papa kongsikan ilmu tentang bagaimana mengenali jantina baby comel awak tu. 

Ciri Jantan : hamster jantan adalah letak titik yang berjauhan. Hamster jantan sgt senang dikenali dari telur nya yang besar.

Ciri Betina : hamster betina adalah letak titik yang berdekatan. Size dia lebih kecil dari jantan.

Barang Keperluan Asas Hamster


Entri kali ini sesuai untuk newbies yang baru nak berjinak dengan haiwan comel dan kecil ini. Walhal Papa pon baru je berjinak dengan haiwan kecil dan comel ni. Sebelum bershopping keperluan mereka, kamu kena pastikan jenis hamster mana yang hendak dipelihara. Kerana size mereka akan berbeza-beza. Contoh yang Papa boleh bagi seperti Hamster Syrian, ianya spesis yang agak besar. So jangan beli sangkar yg kecil, mungkin kena beli yang agak besar dari size biasa.


1) Sangkar/Cage

Mestilah bersesuaian dengan jumlah hamster yang anda ingin bela. Harga sangkar adalah berbeza mengikut saiznya. Anda boleh dapatkan sangkar hamster di pet store berdekatan dengan anda. Sangkar yang lebih kecil sesuai untuk jumlah hamster yang sedikit manakala sangkar yang besar sesuai untuk jumlah hamster yang lebih banyak. Elakkan membeli sangkar yang mempunyai laci pada bahagian bawahnya kerana apabila hamster membuang air kecil, ia mungkin akan keluar melalui laci tersebut(#Tapi Papa pakai yg berlaci, okay je xde masalah hehe).Elakkan membela hamster anda didalam akuarium kerana pengudaraanya yang tidak baik dan menyebabkan bau busuk berlaku dgn cepat. Sangkar selalunya akan disertakan sekali roda mainan, bekas air & bekas makanan.

2) Bedding

Untuk bedding pula, selok-eloknya pilihlah bedding yang lembut dan anti-bacteria. Bedding boleh didapatkan dalam pelbagai jenama. Untuk anda yang selalu sibuk adalah baik untuk anda membeli bedding yang mempunyai haruman, ini kerana ia mampu untuk bertahan lebih lama dari berbau busuk. Tukar bedding hamster anda 2 kali seminggu atau sekiranya perlu. Pelbagai haruman boleh didapati mana-mana brand bedding seperti apple, lemon, strawbery. Papa suka apple :)

3) Permainan @ Peralatan Tambahan

Hamster adalah haiwan kecil yang selalu gembira. Jadi anda perlulah menyediakan sebuah taman mini untuk hamster anda sebagai tempat permaina buatnya. Antara perlatan permainan yang selalu digunakan adalah roda berpusing, terowong kecil dan tempat bersembunyi (penting bagi ibu hamster yang telah melahirkan anak). Ini semua adalah mengikut kemampuan awak-awak yea. Perlahan-lahan kita kayuh bagi mereka HAPPY!!


Itulah serba sedikit yang boleh Papa kongsikan. Kos yang Papa syorkan pada korang sediakanlah dalam RM100.00. Gambar yg diatas Papa belanjakan dalam RM74 sahaja :)




HELLO!! Adoi lama giler Papa tak update blog nie. What happend?! Don't know sebenarnya, Papa dah busy sgt dengan dunia seni and cat. Sampai Papa terlupa akan bisnes arnab. Papa dah slow dgn biz arnab ni, tetapi kalau ada permintaan Papa akan cuba dapatkan.

Nak tau apa hobby Papa yg terbaru? Ada berkaitan dengan arnab juga. Tadaaa Papa bela hamster yg comel lote tu. And Papa tambah hobby baru bela Budgie Bird juga hehe. Boleh ke Papa campor kan hobby baru nie dengan blog ini yea?! Waras or sesuai ke?! Apa pandangan korang?! 

Kalau sudi berikan lah pendapat ye ahakz..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...