Followers

Showing posts with label Penjualan. Show all posts
Showing posts with label Penjualan. Show all posts

Wednesday, 3 July 2013

Alhamdulillah Rezeki

Apa khabar anak bulus? Sihat? Kenapa pening² tu? Pening tidak tahu mana nak boarding or tempatkan anak anak bulus masa raya nanti ye? Jangan terlalu risau! Papa PUSS sedia memberikan khidmat yang terbaik pada anak bulus anda. Papa PUSS menyediakan khidmat Boarding & Grooming utk Raya Adilfitri 2013. Jangan risau mereka semua akan sihat sejahtera. Jika segan/tidak tau/banyak soalan ttg khidmat Papa PUSS ni, boleh hubungi Papa d talian 010-4344396 jika nak whatsapp tambahkan +6 dihadapan nombor telifon.

Allhamdulillah rezeki Papa yang diberi olehNya. Apezs GP Boarding & Grooming telah diketahui ramai. Ada yang telah menghantar anak bulus utk boarding mahupon grooming dengan pakej yang disediakan. Pelanggan pertama sgt berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah AGBG berikan. Gambar bakal diusulkan kemudian :)

Jangan runsing/risau/sedih/stress tidak tahu nak boarding anak bulus raya ini. Papa sedia memberikan khidmat utk anak bulus anda :)




Friday, 21 June 2013

Promosi JUNE Kini Kembali! Grab it



HURRRYYYYYYYYY!!!!

Jangan melepaskan peluang yang terhebat kali ini. Papa sentiasa menantikan anak anak bulus anda. Hubungi Papa segera seperti yang tertera diposter.





Thursday, 20 June 2013

Asas Menjaga Guinea Pigs

 
 
Uikkk Uikkk Uikkk!!..
Setiap kali mendengar bunyi ini, Papa pasti happy. Bunyi ini walaupun sgt bising tapi Papa suka kerana itu menandakan mereka happy. Bagaimana pula dengan GP anda? Berbunyi seperti ini? Tidak berbunyi kerana ape? Tidak dimandikan lagi? Tidak selesa ditinggalkan sendirian? Hah ini lah masanya untuk melihat kegiraan mereka kembali. Jangan hanya melihat dan menunggu, SEGERA hubungi Papa. Ingin melihat pakej yg Papa ada, boleh klik SINI. Papa akan memberikan Consultation as a FREE. Cuma kali ini Papa nak memberikan tips ataupun Asas² yang perlu ada untuk memelihara Guinea Pig/Arkus :-














<3.  Ini adalah salah satunya cage yang boleh digunakan untuk memelihara GP/Arkus anda. Jika menggunakan sangkar yang lain contohnya sangkar kucing yang 2ft. Anda disarankan melapik permukaan jaring dibahagian kawasan GP anda memijak. Melapik dengan tuala @ floor matt yang tidak terlalu jarang lubangnya.

Kedua-dua gambar ini, Papa merujuk dalam google. Sangkar ini dipanggil C&C (Coroplast & Cube). Jika anda memelihara hanya untuk pets, bagus menggunakan sangkar ini. Dan hanya pelihara 2/3 ekor mmg sesuai, jika lebih dari itu anda perlu memikirkanya untuk keselesaan mereka nanti.


<3.  Ini adalah perkara yang sangat penting. Pallet atau makanan asas yang perlu disajikan kepada mereka setiap hari. Makanan pallet boleh didapati di Petshop-Petshop seluruh Malaysia. Cuma setiap brand pallet sukar nak didapati diseluruh Malaysia. Banyak lagi brands pallet yang boleh diberikan kepada GP seperti Genesis, FFM Goat, Cargil, Hariston, Craft etc. Carilah mengikut kemampuan dan keselesaan mereka. 


<3.  Alfalfa Hay adalah rumput kering yang telah diproses melalui mesin khas. Hay ini diperlukan  oleh GP anda untuk memberikan more protein. Di Malaysia pelbagai paket sedia ada terjual, pelbagai brand juga boleh dipilih. Jenis jual timbang pon ada, ramai pengusaha kecil-kecilan menjual secara pukal melalui pos mahupun penghantaran.

<3.  Dan ini adalah Timothy Hay. Tetap diperlukan oleh GP, ini kerana GP suka mengunyah bila dia merasakan bosan, ase senang etc. Jadi kalau meletakan pallet yang banyak, kekadang boleh membosankan mereka. Timothy boleh mencegah mereka dari barbering bulu sendiri dan mengasah gigi. Timothy ini tidak mempunyai khasiat yang tinggi seperti Alfalfa tetapi untuk mencegah bulu mereka dari digigit. Kang ada pula yang stress, katanya xsempat nak membawa ke saloon hehe. Pon tetap boleh bawa jumpa Papa kalau derang barbering, trim kasi cantik semula (bukan BOTAK kan). Ok berbalik pada Timothy, Papa sarankan letakkan hay ini UNLIMITED! Hasilnya anda pasti suka :)

<3. Hah siapa kenal ini pokok ape?!
Apa? Pokok tebu? jagung? Haip-haip... Bukan laa syg, ini bukan pokok yang dikatakan itu. Ini adalah pokok Napier. Napier ini mempunyai pelbagai jenis seperti Taiwan, India, US. Kata orang penternak, napier India & Taiwan sangat bagus diberikan kepada GP. Papa ni tak mudah nak dapatkan daun ini jadinya digantikan la dengan sayur². Daun Napier ni boleh diberikan setiap hari, pasti gemuk-gemuk anak-anak anda.

<3. Sayuran yang tertentu sangat-sangat digalakan diberi kepada GP setiap hari 2x. Carilah sayuran yang bersesuaian utk mereka. Yang Papa sarankan jika pening untuk memilih sayur yang sesuai seperti Salad hijau/merah, Capsicum hijau/merah/kuning, lobak, timun cina, jagung, batang saderi. Buah pon boleh diberi seperti apple merah. Sayur-sayuran ada yang boleh diberikan harian ada yang boleh diberikan ikut sekala. Jadilah seorang pemilih yang bijak bagi keselamatan mereka.

Setakat ini sahaja Papa kongsikan asas-asas berkaitan dengan GP/Arkus. Jika tiada masa untuk manjaga ketika bercuti, HUBUNGI segera Papa PUSS. Papa sedia memberikan khidmat boarding kepada anda. Hubungi seminggu lebih awal, tempat adalah TERHAD.

* Gambar-gambar didalam entri kali ini, sumber dari google.com.
** Jangan lupa LIKE FanPage Papa : Apezs GP Boarding & Grooming




Wednesday, 19 June 2013

Pakej A.G.B.G Kembali

Assalamualaikum

Anak bulus(GP) comot? Belom dimandikan lagi? Tiada masa utk semua itu? Papa ada jalan penyelesaian. Murah, Jimat & Pasti berpuas hati. Papa menyediakan perkhidmatan yang murah utk anak anak bulus(GP) anda semua. Jangan biarkan mereka tidak selesa dengan bulu, badan & haruman yang tidak menyenangkan. Pakej yang Papa berikan sangat-sangat terbaik. Oleh itu jika berminat, jangan tunggu lebih lama. Hubungi Papa ditalian 010-4344396 (Call/Whatsapp). Register you appoiment early!! 

Untuk perkhidmatan boarding, Papa menyediakan perkhidmatan ini dengan sebaik mungkin. Bilik yang mempunyai pengudaraan yang selesa, kipas 24/7 agar anak bulus(GP) tidak akan merasa tertekan. Untuk perkhidmatan ini, Papa menyarankan agar booked dengan lebih awal (1 atau 2 minggu lebih awal) ini kerana tempat adalah sangat-sangat terhad. Mahukan lebih nilai pembayaran anda? Papa memberikan perkhidmatan grooming percuma seandainya boarding yang dibuat melebihi seminggu. Apa tunggu lagi, CEPAT hubungi Papa, jika segan utk call Papa. Boleh whatsapp, email @ PM me d FanePage Apezs GP Boarding & Grooming.



Anything U want to ask, just do call me. Thank You (",)


  

Wednesday, 24 April 2013

Lunkarya Mandy of TERRA Cavies


Hey semua, acamne sehat ke? Rabu suppose orang letak Wordless Wednessday tapi Papa nak letak gambar bersama sarikatanya haha. Sebab nya Papa happy sangat dek kerana Papa dah dapat picture terkini dari Breeder Denmark berkaitan anak-anak baru Papa ni. Haish xsabar nya nak tunggu Middley MAY menyambut mereka sampai. Yang pasti Papa harap semua sehat dalam perjalanan nanti.
 
Dalam gambar ini adalah anak Papa yang bernama Sir Tobby Mandy of Terra. Usia dia dah mencecah 3bulan, tunggu lagi 2/3 bulan dah boleh jadi bini ngeeeee.. Apa² pon Papa menantikan sangat Mandy ini :)
 
Sekian
 
 
 
 
 

Thursday, 18 October 2012

Mengenali Jantina Hamster

Hah? Kamu tak tahu mana male(jantan) and yang mana female(betina)? Occay mari Papa kongsikan ilmu tentang bagaimana mengenali jantina baby comel awak tu. 

Ciri Jantan : hamster jantan adalah letak titik yang berjauhan. Hamster jantan sgt senang dikenali dari telur nya yang besar.

Ciri Betina : hamster betina adalah letak titik yang berdekatan. Size dia lebih kecil dari jantan.

Barang Keperluan Asas Hamster


Entri kali ini sesuai untuk newbies yang baru nak berjinak dengan haiwan comel dan kecil ini. Walhal Papa pon baru je berjinak dengan haiwan kecil dan comel ni. Sebelum bershopping keperluan mereka, kamu kena pastikan jenis hamster mana yang hendak dipelihara. Kerana size mereka akan berbeza-beza. Contoh yang Papa boleh bagi seperti Hamster Syrian, ianya spesis yang agak besar. So jangan beli sangkar yg kecil, mungkin kena beli yang agak besar dari size biasa.


1) Sangkar/Cage

Mestilah bersesuaian dengan jumlah hamster yang anda ingin bela. Harga sangkar adalah berbeza mengikut saiznya. Anda boleh dapatkan sangkar hamster di pet store berdekatan dengan anda. Sangkar yang lebih kecil sesuai untuk jumlah hamster yang sedikit manakala sangkar yang besar sesuai untuk jumlah hamster yang lebih banyak. Elakkan membeli sangkar yang mempunyai laci pada bahagian bawahnya kerana apabila hamster membuang air kecil, ia mungkin akan keluar melalui laci tersebut(#Tapi Papa pakai yg berlaci, okay je xde masalah hehe).Elakkan membela hamster anda didalam akuarium kerana pengudaraanya yang tidak baik dan menyebabkan bau busuk berlaku dgn cepat. Sangkar selalunya akan disertakan sekali roda mainan, bekas air & bekas makanan.

2) Bedding

Untuk bedding pula, selok-eloknya pilihlah bedding yang lembut dan anti-bacteria. Bedding boleh didapatkan dalam pelbagai jenama. Untuk anda yang selalu sibuk adalah baik untuk anda membeli bedding yang mempunyai haruman, ini kerana ia mampu untuk bertahan lebih lama dari berbau busuk. Tukar bedding hamster anda 2 kali seminggu atau sekiranya perlu. Pelbagai haruman boleh didapati mana-mana brand bedding seperti apple, lemon, strawbery. Papa suka apple :)

3) Permainan @ Peralatan Tambahan

Hamster adalah haiwan kecil yang selalu gembira. Jadi anda perlulah menyediakan sebuah taman mini untuk hamster anda sebagai tempat permaina buatnya. Antara perlatan permainan yang selalu digunakan adalah roda berpusing, terowong kecil dan tempat bersembunyi (penting bagi ibu hamster yang telah melahirkan anak). Ini semua adalah mengikut kemampuan awak-awak yea. Perlahan-lahan kita kayuh bagi mereka HAPPY!!


Itulah serba sedikit yang boleh Papa kongsikan. Kos yang Papa syorkan pada korang sediakanlah dalam RM100.00. Gambar yg diatas Papa belanjakan dalam RM74 sahaja :)



Wednesday, 25 January 2012

Wordless Wednesday #6


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa² description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa² penjelasan. Cer teka?! Papa tengah happy giler ni :D

Sunday, 25 December 2011

Arnab Untuk Dijual


Mai mai, Papa nak jual bunny yang comel arini. Ini baka yang comel tay, si Male tu lagi best. Muka macam pola panda sangat. Okay kalau berminat boleh hubungi Papa PUSS 010-4344396 @ email : bunnypet69@gmail.com

DETAIL

Breed : Teddy Bear
Age : 2month
Gender : Male & Female (couple)
Price : RM130 (sepasang) Rm80 (seekor)

Thursday, 22 December 2011

Adik Papa Dapat Keputusan PMR


Syukur alhamdulillah. Adek Papa dapat 8A keputusan PMR. Doa dari semua pihak utk dia. Menangis kejap Papa dgr berita mcmtu. Dia idamkan jam tangan, jadi Papa ingin tunaikan. Cuma Papa ni jenis xreti nak beli barang utk perempuan. Jam macamana ea nak dihadiahkan kepada dia. Korang kalau ada idea nak bagi, sila tinggalkan link picture jam tangan tu kat komen box tau. Hargai sangat², thanks.. (",)

Munchkin Cat Utk Dijual


Entri kali ni Papa nak menjual pula. Siapa yang berminat boleh hubungi Papa PUSS ditalian 010-4344396 @ Email : bunnypet69@gmail.com.

DETAILS

BREED : Persian mix Munchkin
AGE : 3 Month
GENDER : Female
PRICE : RM1200.00
LOKASI : Rawang

Wednesday, 21 December 2011

Wordless Wednessday # 1


p/s : apa baby American Curl ni buat erk?? Tengok apa tu sayang..

Pelik Tapi Benar

Pelik tapi benar kan? Hah itulah yang Papa nak ceritakan ni. Ini bukan berkaitan tentang arnab tetapi spesis kejadian darinya juga. Tapi sorry Papa lari sikit dari tajuk. Kali ini Papa nak share tentang satu story yang Papa baca kat blog. Terlihat satu entri ini, begitu mengasyikkan bila membaca dan memerhati. Papa pun pelik dengan soalan tuan blog ni bertanya. Soalan dia Bagaimana...? Jadi sotrymory nyaa, begini:

Apa yang korang nampak pada gambar dibawah ini
| |
| |
VVV
VV
V

Hah? Nampak tak? Ada something tu...
Jadi janganlah bertanya apa-apa lagi pada Papa. Mula-mula memang Papa sendiri tak tahu nak jawab macamana. Sebab Gambar ini terlalu jauh untuk dijelaskan. Jadi tak nak buang masa, mari scroll ke bawah lagi dan nikmati kejadian yang Pelik TAPI Benar.

gula-gula hati






gula-gula kasar





gula-gula halus





perjelaskannya sendiri ea:

Kejadian itu
Lorh kambing rupanya!
Sepasang @ adik-beradik?

Jadi tolong perjelaskan pada Papa, macamana dua ekor kambing ini boleh berada disitu? Nak selamatkan satu masalah juga, karang bila selamatkan. Derang tengah meronta, jatuh ke bawah pula. Dah dua masalah ni, macam² kejadian rupanya. Allah Maha Mengetahui amin...

SUMBER : AmekKaw

Tuesday, 20 December 2011

Cara Memanjakan Arnab




LOL... Rasa kelakar pun ada, kesian pun ada. Banyak juga yang Lb jumpa pemilik pemilik arnab sebagai Pet … menyuarakan rasa sedih dan kecewa didalam forum, yang arnab mereka tak sukakan mereka dan garang.

Sebenarnya pemilik ini tidak faham, arnab bukan lah seperti kucing atau anjing. Walaupun sebenarnya arnab adalah haiwan yang suka bergaul dan juga manja tetapi caranya adalah berbeza. Tahukan anda yang arnab boleh dilatih untuk mengetahui namanya sendiri. Cara nya mudah sahaja, ketika memberikan mereka makan atau minum atau menghampiri sangkar pangil sahaja namanya. Lebih mudah jika kita mengunakan makanan kegemaran mereka misalnya sayur sayuran, buah buahan dan juga kismis.

Jika arnab anda meronta ketika anda cuba megangkatnya.. janganlah mengatakan yang mereka bencikan anda. Sebenarnya arnab bukanlah haiwan yang suka diangkat atau didukung. Malah tindakan kita cuba mengangkat arnab lebih tinggi dari paras lantai amatlah merbahaya sekali. Mengapa? ini adalah kerana ranab menpunyai tulang yang agak lemah. Sekiranya terjadi kejadian,  arnab anda meronta semasa di dukung dan terlepas lalu terjatuh berkemungkinan besar tulang belakang atau kakinya boleh cedera. Jika ini berlaku arnab anda mungkin tidak dapat diselamatkan dan juga mungkin juga berlaku kecacatan.

Jadi bagaimana saya boleh memanjakan arnab saya? arnab sebenarnya haiwan yang cukup mudah, anda hanya perlu duduk bersebelah dengan mereka buat permulaan. Usap kepala dan badan.. kerana arnab amat gemarkan usap yang mesra dan lembut daripada anda.  Memanjakan arnab memakan masa sedikit tetapi ini terpulang kepada berapa banyak masa anda menhabiskan bersamanya. Apabila arnab sudah menaruh kepercayaan kepada anda sebagai Tuan mereka. Dengan sendirinya mereka akan berasa selesa dan selamat disamping anda. Ya.. bukan anda yang memilih arnab tetapi arnab yang memilih anda. Arnab hanya akan berasa mesra dan selesa sekiranya mereka menaruh kepercayaan mereka terhadap tuan dan juga persekitaran. Arnab adalah haiwan yang berhati hati dan sentiasa bersedia sekiranya berlaku sesuatu.

Dalam banyak banyak bacaan yang Lb buat.. hanya satu sahaja yang Lb tak fikir yang ia boleh berjaya dan tidak pernah cuba untuk melakukannya. Seorang pembiak baka menyatakan…untuk membuat arnab jinak.. sapukan peluh anda kepada badan arnab dan katanya lagi jika boleh campurkan peluh anda kedalam minuman arnab tersebut..

Minta maaf sekiranya ada yang berasa kurang selesa. Tetapi Lb di sini hanya berkongsi pendapat. Mungkin masing masing ada cara dan pendapat masing masing. Tetapi bagi LB cara yang paling berkesan adalah dengan mengabiskan lebih masa dengan haiwan kesayangan kita ini.

Jadi walau apa pun. Sabar adalah kunci segalanya. Tiada jalan yang mudah untuk mendapat yang terbaik. So.. enjoy playing with our rabbit.



SUMBER : LazzyBunny

Monday, 19 December 2011

Munchkin Cat Utk Di Adopt



Munchkin cat untuk di adopt oleh sesiapa dan untuk PENCINTA KUCING SAHAJA. Adopt RM200 termasuk dlm hal penjagaan cat ini.

  • Breed : Munchkin 
  • Age : 3 year
  • Gender : Male
  • Lokasi : Rawang, Selangor

Jika ada yang berminat boleh hubungi saya 010-4344396 @ email : bunnypet@gmail.com


Thursday, 15 December 2011

Makanan Arnab - Rumput Israel


Selain pallet, rumput israel ini juga popular utk diberikan kepada arnab ANDA. Papa PUSS pon sebelum ini tidak percaya dengan kata-kata bahawa rumput ini boleh diberi makan kepada Si Comel. Ternyata benar selepas kajian yang Papa PUSS buat, Papa PUSS dah search sehabis-habisnya. Jadi Papa PUSS nak share pula dengan korang.

Tumbuhan ini tumbuh dengan subur terutama di tanah berpasir dan kawasan yang agak redup. Daunnya bersaiz kurang daripada 3 cm lebar  dan 5 cm panjang. Manakala batangnya agak lembut dan berair serta bunganya berwarna putih. Tumbuhan ini tumbuh menjalar atau tegak. Kebiasaanya dijumpai di bahagian utara Semenanjung, di kawasan berpasir.




Khasiat rumput Israel ialah seperti berikut

mengandungi Crude Protein yang tinggi berbanding rumput-rumput lain boleh juga untuk merawat masalah batin arnab, contoh…jika nak kasi arnab subur,sering beranak-pinak..kasi jer makan rumput nie

Tetapi diingatkan jangan sesekali berikan rumput israel ini yang telah diracun. MATI nanti Si Comel ANDA. Semoga jumpa lagi....



Sumber : ArnabCute

Makanan Untuk Si Comel

Kalau dah Si Comel di tangan ANDA, apa dok berangan lagi. Kini sediakanlah juga makanan dia. Habis Si Comel nak makan ape kan? Karang dia makan harta benda korang, masakla Si Comel kena maki hamun nanti hahaha.. Salah siapa? Fikirlah sendiri. Makanan untuk diberikan pada Si Comel ada dalam pelbagai jenis, harga,rasa dll.


Ini salah satu makanan yang Papa PUSS bagi pada Si Comel Papa. Derang cukup suka makan, tak pernah lekang dimulut. Asik dok menguyah aja kerja (nasib xkunyah harta benda Papa PUSS)


Briter Bunny - 1kg

Mengandungi Biotin : baik untuk kulit dan bulu arnab. Vitamin C : baik untuk imun dan mengurangkan stress. Beta Carotene : antioksidan melambatkan sel penuaan.

Terdiri daripada 2 warna pallet :-
  • Hijau : Diperkaya dengan Biotin, merawat kulit, bulu dan menjadikan bulu nampak bersinar dan sihat.
  • Jingga : Diperkaya dengan Beta-Karotene yang dijumpai di dalam lobak merah, melambatkan sistem penuaan dan diperkaya dengan multivitamin termasuklah vitamin C.
Kandungan :-

Corn, rice,rice bran,wheat grain, wheat bran,soybean meal, fullfat soybean,alfalfa,leucaena meal,carrot meal,salt,essential vitamin and minerals, antioxidant,food coloring.

Nutrisi :-


  • Protein : 18%
  • Fat : 2.5%
  • Fiber : 16%
  • Moisture : 10%
  • Calcium : 0.9%
  • Phosporus : 0.75%
sumber : Arnab Cute


| KUCING PARSI UTK DIJUAL |

Okay mari-mari kite rapat, selain si comel kita (bunny). Papa PUSS ada menjual cat juga secara sambilan sahaja. Jadi pada peminat/pencinta kucing yang SERIUS!!. Boleh baca entri ini dan jika berminat boleh hubungi terus Papa PUSS untuk berbincang sampai jual. Comel² mereka ni:-



  • Baka : PARSI (Ibu + Anak)
  • Harga : RM450.00 (Boleh nego sampai jual)
  • Lokasi : PRESINT 18, PUTRAJAYA
  • Kesihatan : Dalam keadaan baik, terlatih toilet tray, tidak berkira dengan jenama makanan, aktif/lincah, manja dengan tuan.
Ini si comel ANDA :-




Jadi apa lihat² lagi. Cepat hubungi Papa PUSS untuk mengetahui lebih lanjut. Jika datang untuk melihat dulu pun tidak mengapa.

WARNING!! FOR CAT LOVER ONLY :)


Wednesday, 14 December 2011

| AJARIN SI COMEL TTG 'LITTRE TRAY' |

TAHUKAH ANDA? Si Comel kita boleh diajar untuk menggunakan tandas, "Toilet Train" ataupun "Littre Tray" dengan sendirinya. Ini memudahkan ANDA untuk mengemas @ membersihkan sangkar si comel. Ini kerana arnab juga lebih cenderung ke tempat yang sama untuk melaksanakan panggilan alam ini. Ini adalah langkah² untuk mengatur @ melatih si comel ANDA :-

  • Sediakan Littre Tray di sudut yang bersesuaian,
  • Semasa Si Comel berada diluar kawasan "bebas sangkar", ANDA perlu melapangkan masa dengan melihat telatah Si Comel.
  • Letakkan sebutir dua najis Si Comel @ Biji Fecal di dalam Littre Tray,
  • Jika melihat Si Comel ada "melepaskan" najis, jangan SESEKALI memukulnya. Sebaliknya menepuk tangan ANDA sebanyak tiga(3) kali dan kata "Tidak disini!"(@ sebaliknya),
  • Sambil mengangkat Si Comel itu dan diletakkan ke atas Littre Tray tadi.
  • Awasi Si Comel ANDA dalam masa 5 minit. Begitulah berikutnya sehingga Si Comel ANDA bijak menggunakannya.

"PENGETAHUAN!! Jika arnab yang baru dibeli, seharusnya dibiarkan selama SEHARI didalam sangkar. Bagi membiasakan diri terlebih dahulu."

Papa PUSS nak kongsikan pada ANDA yang masih tercari rupa Littre Tray. Pelbagai rupa dan bentuk yang ada.
_
||
||
||
||
||
 V









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...