USIA ARNAB
Selalunya umur matang seekor arnab tergantung kepada baka. Ada yang mencapai tahap matang seawal umur/usia 4-5bulan dan ada pula yang terlalu lambat sehingga memakan masa 9-12bulan. Pada lazimnya, kebanyakan arnab baka-baka pet yang bersaiz kecil seperti Angora, LionHead, Lop Ear, Dutch dan lain-lain mencapai tahap matang diantara umur 4-6bulan, bergantung kepada baka arnab tersebut.
Manakala tahap kematangan untuk arnab dari baka-baka besar pula adalah yang paling lambat didalam senarai kematangan arnab (bukan bermakna baka besar akan bersikap kebudak-budakan walaupon badan dah besar). Sesetengah baka besar boleh mencecah setahun(12 bulan) untuk mencapai tahap kematangannya. Oleh sebab itu, baka-baka besar tidak disenaraikan didalam barisan baka-baka untuk dijadikan pedaging(istilah mudahnya - baka pedaging). Eloklah dipisahkan arnab-arnab itu ketika ini, ini kerana tidak mahu timbul kepayahan dimana berlakunya kejadian beranak tidak dirancang(melahirkan tanpa perancangan). Arnab akan mula mengawan apabila mencapai tahap matang. -> ArnabKiut
PENJAGAAN IBU ARNAB
Kebiasannya ibu arnab akan melahirkan anak pada waktu malam ataupun awal pagi. Kita akan mengetahuinya apabila kita melihat ibu arnab ini resah, kurang selera makan, letih dan akan mencabut bulu. Kebiasaannya ibu akan memakan uri setiap anaknya. Ingat, kita harus memberikan makanan dan air yang cukup. Ini bagi mengelakkan ibu arnab memakan anaknya sendiri.
Sekiranya kita lepaskan ibu arnab di tanah, ia akan mengorek tanah untuk membuat sarang bagi ia beranak. Ibu arnab akan menutup lubang pada waktu siang, tetapi akan masuk untuk menyusukan anak pada waktu malam. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diinginkan.
Ibu arnab tidak boleh terkejut ketika melahirkan anak, sekiranya ia terkejut, berkemungkinan ia akan mencederakan anak yang dilahirkannya. Kita juga tidak digalakkan memegang anak arnab ini. Ini adalah kerana untuk mengelakkan ibu arnab daripada tidak mengenali anaknya. Sekiranya perkara ini berlaku, ibu arnab tidak akan menyusukan anaknya. Jika begitu, kitalah yang perlu membantu menyusukan anaknya secara manual.
Jadi pada pemilik² yang hampir mengalami keadaan seperti ini. Seharusnya bersiap sedialah dengan segala apa yang perlu. Semoga ANDA berjaya. :)
Usia Arnab Mengawan
