Followers

Tuesday, 20 December 2011

Cara Memanjakan Arnab




LOL... Rasa kelakar pun ada, kesian pun ada. Banyak juga yang Lb jumpa pemilik pemilik arnab sebagai Pet … menyuarakan rasa sedih dan kecewa didalam forum, yang arnab mereka tak sukakan mereka dan garang.

Sebenarnya pemilik ini tidak faham, arnab bukan lah seperti kucing atau anjing. Walaupun sebenarnya arnab adalah haiwan yang suka bergaul dan juga manja tetapi caranya adalah berbeza. Tahukan anda yang arnab boleh dilatih untuk mengetahui namanya sendiri. Cara nya mudah sahaja, ketika memberikan mereka makan atau minum atau menghampiri sangkar pangil sahaja namanya. Lebih mudah jika kita mengunakan makanan kegemaran mereka misalnya sayur sayuran, buah buahan dan juga kismis.

Jika arnab anda meronta ketika anda cuba megangkatnya.. janganlah mengatakan yang mereka bencikan anda. Sebenarnya arnab bukanlah haiwan yang suka diangkat atau didukung. Malah tindakan kita cuba mengangkat arnab lebih tinggi dari paras lantai amatlah merbahaya sekali. Mengapa? ini adalah kerana ranab menpunyai tulang yang agak lemah. Sekiranya terjadi kejadian,  arnab anda meronta semasa di dukung dan terlepas lalu terjatuh berkemungkinan besar tulang belakang atau kakinya boleh cedera. Jika ini berlaku arnab anda mungkin tidak dapat diselamatkan dan juga mungkin juga berlaku kecacatan.

Jadi bagaimana saya boleh memanjakan arnab saya? arnab sebenarnya haiwan yang cukup mudah, anda hanya perlu duduk bersebelah dengan mereka buat permulaan. Usap kepala dan badan.. kerana arnab amat gemarkan usap yang mesra dan lembut daripada anda.  Memanjakan arnab memakan masa sedikit tetapi ini terpulang kepada berapa banyak masa anda menhabiskan bersamanya. Apabila arnab sudah menaruh kepercayaan kepada anda sebagai Tuan mereka. Dengan sendirinya mereka akan berasa selesa dan selamat disamping anda. Ya.. bukan anda yang memilih arnab tetapi arnab yang memilih anda. Arnab hanya akan berasa mesra dan selesa sekiranya mereka menaruh kepercayaan mereka terhadap tuan dan juga persekitaran. Arnab adalah haiwan yang berhati hati dan sentiasa bersedia sekiranya berlaku sesuatu.

Dalam banyak banyak bacaan yang Lb buat.. hanya satu sahaja yang Lb tak fikir yang ia boleh berjaya dan tidak pernah cuba untuk melakukannya. Seorang pembiak baka menyatakan…untuk membuat arnab jinak.. sapukan peluh anda kepada badan arnab dan katanya lagi jika boleh campurkan peluh anda kedalam minuman arnab tersebut..

Minta maaf sekiranya ada yang berasa kurang selesa. Tetapi Lb di sini hanya berkongsi pendapat. Mungkin masing masing ada cara dan pendapat masing masing. Tetapi bagi LB cara yang paling berkesan adalah dengan mengabiskan lebih masa dengan haiwan kesayangan kita ini.

Jadi walau apa pun. Sabar adalah kunci segalanya. Tiada jalan yang mudah untuk mendapat yang terbaik. So.. enjoy playing with our rabbit.



SUMBER : LazzyBunny

9 Bunny Comey:

eddy syrol said... Reply Comment

dulu family aku ada arnab, tapi dah meninggal dah..huhuhu..gebu2..shome kan arnab :)

Zuewairy said... Reply Comment

nak bela gak la arnab ;)

Papa PUSS said... Reply Comment

| @eddy | Really? sekarang dah xbela ke? tak nak bela ke?

Papa PUSS said... Reply Comment

| @zuewairy | Nak bela ke?
Cepat book dengan saya ;) harga murah sahaja..

Qhaifa Nur said... Reply Comment

bela arnab bagi saya ok kot...kalau kucing takut hu3...

tq, singgah follow juga...

Papa PUSS said... Reply Comment

| @Qhaifa | Hehe mcm² ..
Saya bela dan bagi ea..;) TQ

Lelaki Ini said... Reply Comment

xdewk arnab kat rumah
hehehe

Papa PUSS said... Reply Comment

| @LI | Lorgh iyeke?
Jadi kenapa tunggu lagi.. Cepatla book seekor...:)

Anonymous said... Reply Comment

Do you wish to get lot more targeted free traffic from search engines for your website almost effortlessly? Well, with increased exposure across the internet it's possible. But most website owners are yet not aware of how to get the popularity that multiplies itself within days. As lot of internet marketers say, this backlink and traffic service can bring potentially thousands of visitors to almost any website. So just visit http://xrumerservice.org to get started. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...