Followers

Tuesday, 20 December 2011

Jangan Lakukan Ini Kepada Arnab Anda


Kali ini Papa nak sharing perkara-perkara yang tidak sepatutnya tuan kepada si comel lakukan. Ini kerana pada permulaan bagi pemilik² baru dalam dunia arnab. Mereka sering kali beranggapan bahawa arnab ini seperti kucing @ anjing. Anggapan itu terlalu drastik jika ia tidak diselidik terlebih dahulu. Arnab ini memang manja tetapi tidak lah seperti kucing. Mari kita lihat apa yang dikatakan JANGAN pada arnab :



a) JANGAN mengangkat arnab di bahagian telinga;
Arnab tidak suka dipegang di bahagian telinga. Tambahan pula tubuh arnab berat tetapi tulang-tulangnya lembut. Arnab akan meronta jika dipegang telinganya. Jika ia meronta dengan kuat, kemungkinan tulang leher atau tulang belakangnya akan patah. Cara yang betul mengangkat arnab adalah dengan mencekup telinga sekaligus dengan kulit di bahagian belakangnya dengan tangan kanan, sementara tangan kiri mengampu di bahagian punggungnya. Jika arnab meronta-ronta, biarkan ia sebentar dan ulang semula pada masa yang lain.

b) JANGAN sergah arnab anda;
Arnab sangat sensitif kepada bunyi yang kuat dan yang memeranjatkan. Ia akan melompat dan berlari ketakutan. Arnab yang ketakutan mungkin tidak mahu makan untuk beberapa hari.

c) JANGAN lakukan arnab seperti seekor kucing;
Anda tidak boleh melayan arnab seperti seekor kucing. Anda boleh memegang dan membelai arnab tetapi sesetengah arnab hanya suka dibelai tanpa dipeluk. Tendangan kaki belakang dan cakaran kaki hadapannya kuat dan boleh melukakan tangan. Berhati-hatilah!!

d) JANGAN abaikan arnab anda;
Apabila membeli arnab, anda harus bersedia untuk menjaganya. Jangan beli jika tidak memahami bebanan yang mungkin anda tanggung. Jangan juga hadiahkan arnab (yang pada mulanya kelihatan sangat comel) kepada kanak-kanak yang tidak faham penjagaan arnab kerana apabila ia telah besar, comelnya mungkin akan hilang dan arnab itu diabaikan.

10 Bunny Comey:

mr.syazwan said... Reply Comment

saya nak pegang arnab pun x berani

adehhhh

hahah

Papa PUSS said... Reply Comment

| @Wan | Eh kenapa xberani?
Ada fobia ke?

athirah said... Reply Comment

peminat arnab...tapi saya xsuke pelihara sebarang jenis binatang...main2 kejap blh la...jiwa bukan kearah tu,,...hehhee

btw sudah follow..rajin2 klik iklan ek..pe orang ckp..u klik,i klik..hehehe

Papa PUSS said... Reply Comment

| @athirah | Owh really? Kenapa?
Best tau bela pet ngee.. main sekjap
pon boleh, meh dtg main ngan derang.

Dah klik..

Totie@Tomy said... Reply Comment

pencinta arnab ni..hobby yang bagus..

Papa PUSS said... Reply Comment

| @totie | hobby dan juga menjual.. :)

khairul said... Reply Comment

oo begitu caranya

Papa PUSS said... Reply Comment

| @khairul | Itulah, kalau nak tahu lebih lanjut.. subscribe my blog :) thanks

safra afina said... Reply Comment

salam.. saya ada 7 ekor arnab dan diletakkan kan sekali dalam reban yang besar, atas tanah.. asal arnab saya 2 ekor, dan dikahwinkan.. bila anak2 dia dah besar, lama2 bulu arnab2 saya semakin kurang.. bawak pergi jmpa vet, vet kata x da masalah kulit.. adakah mereka saling mencabut bulu sesama sendiri? jika ya, mengapa??

Papa PUSS said... Reply Comment

@safra afina Banyak faktor yg boleh diterapkan. Cth barbering, Kurap.

Barbering : Arnab yang lebih dominan akan mencabut bulu arnab yg tidak dominan. Arnab yg tidak dominan akan menyerahkan kepalanya untuk yang dominan mencabut bulu-bulu tersebut.Lama-lama boleh jadi botak kat bahagian belakang leher.cara mengatasinya adalah dengan mengasingkan arnab tersebut antara satu sama lain dan juga pemberian serat yang seimbang dalam pemakanan dapat membantu masalah tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...