Followers

Monday 15 April 2013

CONTEST GUINEA PIG AT MORIB SELANGOR


TERRA Ben
Uikk uikk uikk.. Seronok bebenor Ben semalam(14/04/2013) dapat melepak atas padang yang luas sebelum join Contest Guinea Pig bil.2 2013. Mentang-mentang la Papa ni xpernah bawa dia main taman. Sekali dapat main, xingat Papa dah haha. Ketinggalan ke belakang sudah, dia ngat papa ni xnampak. Dalam dok suka ria, ada juga rasa penat dia. Sekali dah penat derrrr, terkujur dia tido atas lantai padang rumput tu haha. Sekali pantai Morib dah makin panas dikala hujung petang. Papa terpaksa laa angkat masuk dalam carrier(home) dia. Almost nak kena 'heatstrok', kawan tlg belikan ais letak sebelah dia.

Sambil menunggu bermulanya contest, Ben tido dulu dalam carrier dia. Papa nie ape lagi cuci mata la tengok² Guinea Pig/Marmut/Arkus orang lain. Sangat² jeles ada yang cantek, gemok, gebus, baik, pemalu etc. Kalau korang nak tahu, GP nie pon boleh menjadikan mereka as peneman hidup kita seharian mcm cat. Tapi kena lah selalu bermain dgn dia nak kasi jinak yeee. Papa ni selepas bela rabbit, bela cat pulak selepas tu bertambah pets lain. Macam burung, hamster and Guinea Pig.

So kena lah rajin kalau nak anak anak korang baik yeee LOL!! Rabbit Papa dah  tak bela, yang ada hamster cat burung and Guinea Pig je. So sayang nak delete blog ni, jadi Papa ngat nak guna kan ia sebagai tmpt utk melebarkan cerita² Papa tentang anak anak Papa yg ada ni. Boleh ke korang?! Harap diterima pakai la kann :)

******

Berbalik semula dengan kisah Contest Guinea Pig. Jam dah nak hampir ke 6petang, organizer nya belom tiba lagi. Dia ada kes kecemasan, jadi sesambil tu wat gathering xrasmi la dkt situ dlu ahakz. Dah mula rasa bosan time itu muncul la Organizer yg dinanti²kan. Kemudian bermula lah pertandingan yg telah dirancang. Ben pon apa lagi, Papa angkat groom sehabis baik. 

Papa melangkah ke hadapan selepas peserta no.2 berakhir dgn gilirannya. Ben siap sedia utk beraksi. Juri² pon belek(meneliti) Ben dari bulu, bontot, kuku, gigi etc. Gigi Ben ada masalah senget mean xsekata sedikit saje(berkira nau Juri tu). Kuku katanya panjang, walhal mmg dah potong. Juri tu jeles lerr tu dgn ben wakakaka.

Selesai sahaja giliran Ben dan semua peserta. Juri membuat undian yang mana terbaik dan kebabom haha. Alhamdulillah selepas anak jantan Papa yang pertama dulu join dapat no 1, Ben anak jantan Papa yg kedua mendapat tempat yang ke-2. Syukur alhamdulillah Ben berjaya membuktikan kegigihan mu haha. Takpe Papa akan berusaha lagi utk membuatkan Ben maju lagi ke hadapan. Chaiyokk³!!




2 Bunny Comey:

Myra Jay said... Reply Comment

Tahniahhh!! terserlah 'kejantanan' anak papa ye :)

Papa PUSS said... Reply Comment

@Myra Jay Wakaka terselah akan kejantananya. TQ MJ Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...