Followers

Wednesday 21 December 2011

Rugi Hampir 1 Juta Kerana Arnab

LOL... Awal² Papa dah kantoikan entri kali ini dengan ketawa besar. Papa bukan sengaja nak buat Tajuk entri kali ini gempak. Tetapi satu kisah nak distorymorykan. Jom..


*****************************************************************

LONDON - Seorang Taikon berjiwa penyanyang, Phil Miller sanggup kerugian RM909,552(hampir 1juta) apabila kereta ferrari miliknya remuk selepas dia cuba mengelak daripada menggilis seekor arnab.
Dalam kejadian itu Miller 36, gagal mengawal kereta ferrari 430 yang dipandunya lalu kenderaan tersebut terbatas kira-kira 20 meter ke sebuah kawasan semak sebelum menghentam sebatang pokok.

Bagaimanapun, jutawan hartanah berkenaan dan seorang penumpang wanita tidak cedera dalam kemalangan di Canterbury, tenggara England.

"Saya tidak percaya saya boleh terbabas sebegitu jauh,"katanya.

Kereta tersebut diinsurans manakala pengedar ferrari bermurah hati menghantar sebuah Aston Martin baru ke Vilanya di Woodnesborough sementara dia menunggu sebuah Ferrari baru sebagai ganti.

Selain F430, Miller turut memiliki sebuah lagi Ferrari selain sebuah kereta Lamborghini Diablo.

SUMBER : hks
************************************************************************************************

hah cuba ANDA jelaskan pada Papa, sanggup lakukan sebegini jika ternampak arnab berada dijalan raya semasa ANDA memandu laju :)

0 Bunny Comey:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...