<3. Ini adalah perkara yang sangat penting. Pallet atau makanan asas yang perlu disajikan kepada mereka setiap hari. Makanan pallet boleh didapati di Petshop-Petshop seluruh Malaysia. Cuma setiap brand pallet sukar nak didapati diseluruh Malaysia. Banyak lagi brands pallet yang boleh diberikan kepada GP seperti Genesis, FFM Goat, Cargil, Hariston, Craft etc. Carilah mengikut kemampuan dan keselesaan mereka.
<3. Alfalfa Hay adalah rumput kering yang telah diproses melalui mesin khas. Hay ini diperlukan oleh GP anda untuk memberikan more protein. Di Malaysia pelbagai paket sedia ada terjual, pelbagai brand juga boleh dipilih. Jenis jual timbang pon ada, ramai pengusaha kecil-kecilan menjual secara pukal melalui pos mahupun penghantaran.
<3. Dan ini adalah Timothy Hay. Tetap diperlukan oleh GP, ini kerana GP suka mengunyah bila dia merasakan bosan, ase senang etc. Jadi kalau meletakan pallet yang banyak, kekadang boleh membosankan mereka. Timothy boleh mencegah mereka dari barbering bulu sendiri dan mengasah gigi. Timothy ini tidak mempunyai khasiat yang tinggi seperti Alfalfa tetapi untuk mencegah bulu mereka dari digigit. Kang ada pula yang stress, katanya xsempat nak membawa ke saloon hehe. Pon tetap boleh bawa jumpa Papa kalau derang barbering, trim kasi cantik semula (bukan BOTAK kan). Ok berbalik pada Timothy, Papa sarankan letakkan hay ini UNLIMITED! Hasilnya anda pasti suka :)
<3. Hah siapa kenal ini pokok ape?!
Apa? Pokok tebu? jagung? Haip-haip... Bukan laa syg, ini bukan pokok yang dikatakan itu. Ini adalah pokok Napier. Napier ini mempunyai pelbagai jenis seperti Taiwan, India, US. Kata orang penternak, napier India & Taiwan sangat bagus diberikan kepada GP. Papa ni tak mudah nak dapatkan daun ini jadinya digantikan la dengan sayur². Daun Napier ni boleh diberikan setiap hari, pasti gemuk-gemuk anak-anak anda.
<3. Sayuran yang tertentu sangat-sangat digalakan diberi kepada GP setiap hari 2x. Carilah sayuran yang bersesuaian utk mereka. Yang Papa sarankan jika pening untuk memilih sayur yang sesuai seperti Salad hijau/merah, Capsicum hijau/merah/kuning, lobak, timun cina, jagung, batang saderi. Buah pon boleh diberi seperti apple merah. Sayur-sayuran ada yang boleh diberikan harian ada yang boleh diberikan ikut sekala. Jadilah seorang pemilih yang bijak bagi keselamatan mereka.
Setakat ini sahaja Papa kongsikan asas-asas berkaitan dengan GP/Arkus. Jika tiada masa untuk manjaga ketika bercuti, HUBUNGI segera Papa PUSS. Papa sedia memberikan khidmat boarding kepada anda. Hubungi seminggu lebih awal, tempat adalah TERHAD.
* Gambar-gambar didalam entri kali ini, sumber dari google.com.
** Jangan lupa LIKE FanPage Papa : Apezs GP Boarding & Grooming
2 Bunny Comey:
kalau dijaga dengan baik..makin sihat rupanya..
@Qhaifa Nur Betul tu, semakin kita menjaga dengan baik. Semakin kita dapat melihat mereka dgn sihat.
Post a Comment