Followers

Thursday 20 June 2013

Asas Menjaga Guinea Pigs

 
 
Uikkk Uikkk Uikkk!!..
Setiap kali mendengar bunyi ini, Papa pasti happy. Bunyi ini walaupun sgt bising tapi Papa suka kerana itu menandakan mereka happy. Bagaimana pula dengan GP anda? Berbunyi seperti ini? Tidak berbunyi kerana ape? Tidak dimandikan lagi? Tidak selesa ditinggalkan sendirian? Hah ini lah masanya untuk melihat kegiraan mereka kembali. Jangan hanya melihat dan menunggu, SEGERA hubungi Papa. Ingin melihat pakej yg Papa ada, boleh klik SINI. Papa akan memberikan Consultation as a FREE. Cuma kali ini Papa nak memberikan tips ataupun Asas² yang perlu ada untuk memelihara Guinea Pig/Arkus :-














<3.  Ini adalah salah satunya cage yang boleh digunakan untuk memelihara GP/Arkus anda. Jika menggunakan sangkar yang lain contohnya sangkar kucing yang 2ft. Anda disarankan melapik permukaan jaring dibahagian kawasan GP anda memijak. Melapik dengan tuala @ floor matt yang tidak terlalu jarang lubangnya.

Kedua-dua gambar ini, Papa merujuk dalam google. Sangkar ini dipanggil C&C (Coroplast & Cube). Jika anda memelihara hanya untuk pets, bagus menggunakan sangkar ini. Dan hanya pelihara 2/3 ekor mmg sesuai, jika lebih dari itu anda perlu memikirkanya untuk keselesaan mereka nanti.


<3.  Ini adalah perkara yang sangat penting. Pallet atau makanan asas yang perlu disajikan kepada mereka setiap hari. Makanan pallet boleh didapati di Petshop-Petshop seluruh Malaysia. Cuma setiap brand pallet sukar nak didapati diseluruh Malaysia. Banyak lagi brands pallet yang boleh diberikan kepada GP seperti Genesis, FFM Goat, Cargil, Hariston, Craft etc. Carilah mengikut kemampuan dan keselesaan mereka. 


<3.  Alfalfa Hay adalah rumput kering yang telah diproses melalui mesin khas. Hay ini diperlukan  oleh GP anda untuk memberikan more protein. Di Malaysia pelbagai paket sedia ada terjual, pelbagai brand juga boleh dipilih. Jenis jual timbang pon ada, ramai pengusaha kecil-kecilan menjual secara pukal melalui pos mahupun penghantaran.

<3.  Dan ini adalah Timothy Hay. Tetap diperlukan oleh GP, ini kerana GP suka mengunyah bila dia merasakan bosan, ase senang etc. Jadi kalau meletakan pallet yang banyak, kekadang boleh membosankan mereka. Timothy boleh mencegah mereka dari barbering bulu sendiri dan mengasah gigi. Timothy ini tidak mempunyai khasiat yang tinggi seperti Alfalfa tetapi untuk mencegah bulu mereka dari digigit. Kang ada pula yang stress, katanya xsempat nak membawa ke saloon hehe. Pon tetap boleh bawa jumpa Papa kalau derang barbering, trim kasi cantik semula (bukan BOTAK kan). Ok berbalik pada Timothy, Papa sarankan letakkan hay ini UNLIMITED! Hasilnya anda pasti suka :)

<3. Hah siapa kenal ini pokok ape?!
Apa? Pokok tebu? jagung? Haip-haip... Bukan laa syg, ini bukan pokok yang dikatakan itu. Ini adalah pokok Napier. Napier ini mempunyai pelbagai jenis seperti Taiwan, India, US. Kata orang penternak, napier India & Taiwan sangat bagus diberikan kepada GP. Papa ni tak mudah nak dapatkan daun ini jadinya digantikan la dengan sayur². Daun Napier ni boleh diberikan setiap hari, pasti gemuk-gemuk anak-anak anda.

<3. Sayuran yang tertentu sangat-sangat digalakan diberi kepada GP setiap hari 2x. Carilah sayuran yang bersesuaian utk mereka. Yang Papa sarankan jika pening untuk memilih sayur yang sesuai seperti Salad hijau/merah, Capsicum hijau/merah/kuning, lobak, timun cina, jagung, batang saderi. Buah pon boleh diberi seperti apple merah. Sayur-sayuran ada yang boleh diberikan harian ada yang boleh diberikan ikut sekala. Jadilah seorang pemilih yang bijak bagi keselamatan mereka.

Setakat ini sahaja Papa kongsikan asas-asas berkaitan dengan GP/Arkus. Jika tiada masa untuk manjaga ketika bercuti, HUBUNGI segera Papa PUSS. Papa sedia memberikan khidmat boarding kepada anda. Hubungi seminggu lebih awal, tempat adalah TERHAD.

* Gambar-gambar didalam entri kali ini, sumber dari google.com.
** Jangan lupa LIKE FanPage Papa : Apezs GP Boarding & Grooming




2 Bunny Comey:

Qhaifa Nur said... Reply Comment

kalau dijaga dengan baik..makin sihat rupanya..

Papa PUSS said... Reply Comment

@Qhaifa Nur Betul tu, semakin kita menjaga dengan baik. Semakin kita dapat melihat mereka dgn sihat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...