
Wednesday, 24 October 2012
Thursday, 18 October 2012
Mengenali Jantina Hamster

Barang Keperluan Asas Hamster

Mestilah bersesuaian dengan jumlah hamster yang anda ingin bela. Harga sangkar adalah berbeza mengikut saiznya. Anda boleh dapatkan sangkar hamster di pet store berdekatan dengan anda. Sangkar yang lebih kecil sesuai untuk jumlah hamster yang sedikit manakala sangkar yang besar sesuai untuk jumlah hamster yang lebih banyak. Elakkan membeli sangkar yang mempunyai laci pada bahagian bawahnya kerana apabila hamster membuang air kecil, ia mungkin akan keluar melalui laci tersebut(#Tapi Papa pakai yg berlaci, okay je xde masalah hehe).Elakkan membela hamster anda didalam akuarium kerana pengudaraanya yang tidak baik dan menyebabkan bau busuk berlaku dgn cepat. Sangkar selalunya akan disertakan sekali roda mainan, bekas air & bekas makanan.
2) Bedding
Untuk bedding pula, selok-eloknya pilihlah bedding yang lembut dan anti-bacteria. Bedding boleh didapatkan dalam pelbagai jenama. Untuk anda yang selalu sibuk adalah baik untuk anda membeli bedding yang mempunyai haruman, ini kerana ia mampu untuk bertahan lebih lama dari berbau busuk. Tukar bedding hamster anda 2 kali seminggu atau sekiranya perlu. Pelbagai haruman boleh didapati mana-mana brand bedding seperti apple, lemon, strawbery. Papa suka apple :)
3) Permainan @ Peralatan Tambahan
Hamster adalah haiwan kecil yang selalu gembira. Jadi anda perlulah menyediakan sebuah taman mini untuk hamster anda sebagai tempat permaina buatnya. Antara perlatan permainan yang selalu digunakan adalah roda berpusing, terowong kecil dan tempat bersembunyi (penting bagi ibu hamster yang telah melahirkan anak). Ini semua adalah mengikut kemampuan awak-awak yea. Perlahan-lahan kita kayuh bagi mereka HAPPY!!
Itulah serba sedikit yang boleh Papa kongsikan. Kos yang Papa syorkan pada korang sediakanlah dalam RM100.00. Gambar yg diatas Papa belanjakan dalam RM74 sahaja :)

Subscribe to:
Posts (Atom)