Sentiasa terlatih akan minda tentang bagaimana hendak memelihara haiwan yang comel ini. Nak bertanya kawan, mungkin sesetengahnya tidak mengetahuinya juga. Jadi kita akan lupa tentang pelbagai kaedah lain seperti melayari internet bagi mendapatkan tatacara serta perapian dlm penjagaan si comel ini.
Soalan-soalan yang kerap kali ditanya :-
- Boleh atau tidak saya memelihara si comel ini di dalam/luar rumah?
- Perlukah saya memotong kuku arnab?
- Perlukah saya memandikan si comel saya?
- Saya ada mendegar Hay (rumput kering) baik untuk arnab, apa itu Hay? dll..
Sebelum kita menjawab dan menyelesaikan setiap masalah ini. Mari kite menjengah ke dalam sanubari hati kita. Biar ia sekadar hadiah untuk anak-anak, teman wanita mahupun diri. Ini perlu kita tahu dahulu :-
- Adakah anda sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab keatas si comel yang jangka usianya boleh mencecah ke 10 tahun.
- Adakah orang lain didalam rumah juga mesra arnab/haiwan peliharaan berbulu?
- Adakah dikalangan keluarga anda yang mengalami alahan terhadap rabbit atau hay?
- Adakah anda sudah bersedia untuk menyediakan sangkar atau kawasan yang sesuai untuk si comel anda?
- Adakah anda pernah memelihara arnab sebelum ini? Dimanakah mereka sekarang?
- Andakah anda mempunyai masa untuk menguasai si comel anda?
- Adakah apartment/rumah anda membenarkan untuk memelihara si comel ini?
Sekiranya soalan-soalan diatas anda menjawabnya dengan sebutan YES. Itu bermakna si comel bersedia menunggu anda dihujung talian saya :).. Cuba ANDA fikirkan pula.. Adakah ANDA sesuai untuk memelihara si comel ini :-
- Adakah saya seorang yang sabar?
- Adakah saya suka melihat kelincahan serta belajar cara-cara spesis lain berkomunikasi?
- Adakah saya mempunyai masa yang banyak dirumah?
- Adakah saya suka untuk menghabiskan masa duduk dilantai?
Selesai dengan soalan² itu, terjawab jugalaa tentang diri dalam penjagaan arnab. Selangkah lagi si comel ini bakal bermanja dengan ANDA, tunggu apa lagi segera hubungi saya.
0 Bunny Comey:
Post a Comment