Najis arnab ini terbahagi kepada dua(2). Najis Fecall @ Solid ini berbentuk sebijik-sebijik @ berbulat dan keras. Warna Fecall ini coklat gelap kehitaman, ia tidak berbau. Kandungannya biasanya adalah sisa sisa pemakanan yang tidak tercerna dan bulu ,terutama pada musim Molting. Oleh itu grooming atau pengemasan bulu amat penting pada musim molting bagi mengelakan Fur Block di dalam sistem.
Cecal pula, berwarna coklat gelap, terikat seperti gumpalan anggur. Ia bersaiz kecil dan lembut dan berkilat. Setiap gumpalan kelihatan seperti terdapat cairan mucus. Cairan mucus ini bertindak sebagai perlindung kepada bakteria baik semada proses memakan dan ia akan terhurai apabila masuk ke sistem penghadaman arnab. Cecal ini mempunyai sedikit bau, ini adalah kerana ia mengandungi banyak bakteria yang berguna.
Ada beberapa pemilik arnab terutama yang baru dengan arnab, akan hairan melihat arnab mereka memakan najisnye sendiri.. hahah.. bukan ke mudah kalau arnab dah memakan najisnya sendiri, kurang satu kerja. Jangan lah salah sangka najis yang dimakan oleh arnab itu dikenali sebagai Cecotropes atau cecal. Cecal dihasilkan sendiri oleh sistem semulajadi arnab, dan biasanya dimakan terus oleh arnab sebaik sahaja dikeluarkan dari “OVEN” semulajadinya. Cecal yang dimakan oleh arnab ini mengandungi bakteria baik dan juga khasiat dan diperlukan oleh arnab untuk memenuhi nutrien pemakanannya dan juga membunuh kuman jahat didalam usus.
Mesti ada nak tahu bagaimana rupa Fecall & Cecal ini kan? Mari Papa pinjamkan picture dari blog ini.
Jadi jangan terlalu risau dan lihat perkembangan mereka. Jika masih ragu-ragu, bawalah mereka ke veterina untuk pemeriksaan selanjutnya.
SUMBER : LazzyBunny
0 Bunny Comey:
Post a Comment