assalamualaikum...
Pembeli : Saya nak bertanya. Kenapa arnab saya sudah hampir usia 6 bulan, tetapi masih tidak ada tanda² mengawan. Usia jantan 5bulan dan betina 6bulan. Saya meletakkan mereka dalam satu sangkar yang besar bersama-sama. Perut betina sewaktu saya pegang, masih kempis tiada tanda mengandung.
Okay itu masalah pelanggan @ pembeli arnab dekat Papa. Yang telah mengadu masalah tentang kehamilan @ mengawan. Jadi Papa pon reseach mana² blog, jadi Papa akan mengadaptasikan sedikit serta memberikan pendapat peribadi sendiri. Terima kasih kepada pelanggan tersebut atas idea yang boleh dikongsikan sekali lagi selepas entri ini -> SEX
SCROLL KOTAK DIBAWAH UTK MAKLUMAT LANJUT
PEMBIAKAN
Masukkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Tetapi jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab jantan tersebut. Masa mengawan antara 1 – 5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tersebut.Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang, elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
KEKERAPAN MENGAWAN
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara perlahan kepada sekali sehari.Penggunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab pejantan tersebut.Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.Dalam penternakan arnab komersial, arnab betina akan dihakwinkan semula dalam tempoh antara 3 – 4 minggu selepas tempoh beranak. Atau dalam masa proses cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.
MENINGGIKAN KEBERNASAN
Untuk memastikan arnab tersebut telah mengawan ialah apabila arnab janatan memanjat arnab betina auntuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8.00 pagi – 10.00 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5 – 6 jam selepas proses mengawan yang pertama. Iaitu pada waktu petang.
TEMPOH BUNTING
Salah Satu Kotak Utk Arnab Beranak |
Tempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.Tanda-tanda arnab telah hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27 – 29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Elok sekiranya pembela membubuhkan cebisan kertas surat khabar yang telah di potong-potong bagi membantu pembentukan sarang.Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
BUNTING PALSU
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil “bunting palsu” keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 – 17, pada masa tu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
SUMBER : BukanDoktorVeterina
Okay itu secara selingan yang Papa dapat cari dan kongsikan. Tapi Papa pun ada pendapat sendiri walaupun masih tiada pengalaman dalam bab arnab beranak hehe.
- arnab tidak memerlukan sangkar yang besar untuk mereka mengawan kerana hanya memerlukan kadar tempoh yang amat singkat 1-5 minit sahaja. jadi letakkan arnab betina didalam sangkar jantan yang sederhana dalam tempoh tersebut dan alihkan semula arnab betina tadi ke kawasan dia semula.
- arnab betina tidak suka bersama si jantan dalam tempoh yang lama jika tempoh musim mengawan. ini kerana arnab betina akan mudah stress.
8 Bunny Comey:
wow!
nice info!
baru tahu
hehehe
salam
oooo begitu rupanya...
tq share...
| @L.I | Thanks..
Utk dikongsi dgn semua rakan2..
| @Qhaifa | ur welcome..:)
ooo..aku ingatkan biar je arnab betina tu lama2 dlm sangkar arnab jantan, rupanya lagi lama, lagi dia stress yer..baru aku tau...
| @kak wahida | yes xboleh camtu kak.. sebab betina ni dia ada sikap terrotery tu.. dia perlukan tmpt dia.. kalau haiwan lain jantan tp ini betina yg memerlukan hehe
info yg sgt baik..terima kasih....
wah hebat arnab betina ni..hehe
Post a Comment